Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pelajar diajar lindungi diri dari keganasan domestik

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



MURID-MURID diajar tentang keselamatan peribadi dan bagaimana untuk melindungi diri mereka daripada penganiayaan bersesuaian dengan usia mereka.



Selain itu, pelajar juga dilengkapi dengan kemahiran untuk mendapatkan bantuan, termasuk menyenaraikan orang dewasa yang mereka percayai untuk mendapatkan bantuan, kata Menteri Negara Pendidikan, Cik Sun Xueling.



"Mereka juga digalak untuk memantau teman mereka dan mendapatkan bantuan bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda keresahan," katanya.



Cik Sun berkata demikian sebagai menjawab soalan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) yang bertanyakan tentang program pendidikan mengenai penganiayaan kanak-kanak dan kesedaran mengenai keganasan domestik.



Beliau juga ingin mengetahui sekiranya ada saluran bagi murid sekolah rendah untuk memberitahu guru mereka atau pihak berkuasa sekiranya mereka atau sebarang anggota keluarga mereka dianiaya atau dalam hubungan yang ganas.



Menurut Cik Sun, terdapat usaha seluruh sistem yang menyokong murid-murid yang merupakan mangsa penganiayaan dan keganasan domestik.



Pelajar yang berdepan dengan keadaan sedemikian boleh melaporkannya kepada guru, kaunselor sekolah atau pegawai kebajikan pelajar.



Guru juga akan memantau kebajikan pelajar dan melihat pelajar yang mempunyai risiko berdepan dengan penganiayaan sedemikian.



Kesemua kaunselor sekolah dan pegawai kebajikan pelajar telah dilatih untuk menggunakan Panduan Melaporkan Penganiayaan Kanak-Kanak yang dibangunkan bersama Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial (MSF) dan pihak kementerian bersama pegawai barisan hadapan bekerjasama dengan kanak-kanak.



Sebagai soalan tambahan, Encik Zhulkarnain telah menyuarakan keprihatinannya terhadap murid-murid yang mungkin mengalami kesukaran untuk bersuara tentang penganiayaan atau trauma yang dialami.



Beliau menyarankan jika pihak kementerian boleh menimbangkan untuk melengkapi pelajar dengan bahasa isyarat sebagai memberitahu masalah yang mereka hadapi seperti mana yang dilakukan di Poland.



Menjawab, Cik Sun berkata semasa sesi bimbingan guru darjah yang merupakan sebahagian daripada subjek Pendidikan Kerakyatan Karakter, yang wajib bagi semua murid, pelajar telah diajar bahawa mereka boleh mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai apabila dianiaya.



"Kami selalu amat prihatin tentang kanak-kanak dan di sekolah rendah, pelajar telah diajar seawal darjah satu mengenai hak peribadi mereka terhadap keselamatan dan bagaimana untuk melindungi diri mereka sendiri," katanya.




"Mereka juga digalak untuk memantau teman mereka dan mendapatkan bantuan bagi mereka yang menunjukkan tanda-tanda keresahan... Kami selalu amat prihatin tentang kanak-kanak dan di sekolah rendah, pelajar telah diajar seawal darjah satu mengenai hak peribadi mereka terhadap keselamatan dan bagaimana untuk melindungi diri mereka sendiri."
- Menteri Negara Pendidikan, Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >