Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar diberi LOA boleh duduki peperiksaan jika negatif Covid-19

Aug 29, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR yang diberi cuti ketidakhadiran (LOA) setelah berhubung rapat dengan kes Covid-19 akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan nasional jika pelajar itu diuji negatif dalam ujian pantas antigen (ART).



Ini dengan syarat mereka tidak dalam situasi sedang menantikan arahan kuarantin (QO). Mereka juga harus mengambil ART di sekolah atau di tempat peperiksaan setiap dua hari hingga tempoh LOA itu tamat.



Langkah ini sebahagian daripada aturan yang dikemas kini bagi peperiksaan nasional, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam kenyataan bersama semalam.



Langkah tersebut akan membolehkan seberapa ramai mungkin pelajar untuk mengambil kertas peperiksaan mereka sambil memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan lain.



Peperiksaan nasional bertulis untuk hujung tahun akan bermula 15 September ini, bermula dengan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'N', dan berakhir dengan GCE Peringkat 'A'.



Individu yang diberi LOA kerana tinggal dengan orang yang telah diberi arahan kuarantin atau menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) juga akan dibenarkan untuk mengambil kertas peperiksaan nasional itu jika ART mereka negatif.



Mereka juga harus menjalani ujian itu secara kerap.



Mereka yang diberi Ketidakhadiran yang Diluluskan (Approved Absence atau AA) kerana tinggal serumah dengan individu berusia enam ke atas yang mempunyai gejala seperti selesema dan sedang menantikan keputusan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) juga dibenarkan mengambil kertas peperiksaan jika keputusan ART yang diambil sekali adalah negatif.



Bagi pelajar ini, mereka boleh menjalani ujian swab sendiri menggunakan kit ujian ART di rumah dan memaklumkan sekolah mengenai keputusan ujian itu sebelum menduduki peperiksaan mereka.



Bagi pelajar yang diberi AA kerana diletakkan di bawah rejim ujian mandatori MOH atau Amaran Risiko Kesihatan, mereka mesti menjalani PCR yang mandatori dan menguji negatif sebelum menduduki peperiksaan, menurut kenyataan itu lagi.



Bagi calon PSLE yang perlu mengambil ART di sekolah atau tempat peperiksaan, mereka perlu ditemani ibu, ayah atau penjaga mereka yang boleh membantu murid itu untuk mengambil ujian ART tersebut.



Secara alternatif, ibu bapa atau penjaga boleh memberi izin kepada anak itu untuk menjalani ART di bawah pengawasan di sekolah atau tempat peperiksaan tersebut.



Sama seperti tahun lalu, pelajar yang disahkan positif Covid-19, diberi QO atau SHN, tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan nasional.



"Calon yang terlepas menduduki peperiksaan nasional dengan sebab munasabah boleh memohon bagi pertimbangan khas.



"Dalam memberikan gred untuk calon terjejas, SEAB akan mempertimbangkan pelbagai sumber bukti, seperti prestasi calon dalam kertas lain dan prestasi kohort sekolah dalam peperiksaan nasional dan berdasarkan sekolah bagi subjek terjejas itu, untuk memastikan penilaian yang adil," kata MOE dan SEAB.



Sementara itu, langkah pengurusan akan terus dilaksana di tempat peperiksaan, termasuk pengambilan suhu dan pemakaian pelitup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >