Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar diberitahu agar tidak ikuti 'badut' luar sekolah rendah; Tan Chuan-Jin gesa firma henti pemasaran tular merapik

Sep 20, 2021 | 02:26 PM



IBU bapa dengan anak yang bersekolah di Sekolah Tao Nan di 49 Marine Crescent diberitahu bahawa terdapat beberapa orang yang menggunakan kostum badut kelihatan berlegar-legar di luar sekolah itu.



Sekolah ini menambah bahawa individu berkenaan yang kelihatan berhampiran beberapa sekolah rendah lain meminta kanak-kanak mengekori mereka, kata pengetua Sekolah Tao Nan, Cik Poh Qinyu, dalam suratnya kepada ibu bapa yang diperolehi akhbar The Straits Times.



Cik Poh kemudian menggesa ibu bapa agar memberitahu anak-anak mereka agar jangan terpedaya oleh orang yang tidak dikenali dan memberitahu pihak sekolah dan polis segera jika ada orang-orang yang mencurigakan kelihatan berhampiran premis sekolah itu.



Badut-badut ini dilaporkan berada di beberapa lokasi seperti Katong dan Tampines, sebagaimana yang kelihatan dalam pos media sosial sejak seminggu lalu.



Speaker Parlimen, Tan Chuan-Jin, telah memuatnaikkan foto salah seorang individu yang mengenakan kostum badut ini serta berlegar-legar di Bedok South, dalam pos Facebook pada Isnin (20 September).



Katanya: "Sesiapa yang buat perkara ini yang saya rasakan merupakan satu inisiatif pemasaran tular yang merapik, hentikannya!



"Saya percaya pihak polis sedang menyiasat perkara ini. Ia bukan sesuatu yang menghiburkan tetapi hanyalah berbahaya semata."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >