Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar dikecualikan dari kegiatan fizikal selama seminggu susuli suntikan vaksin: MOE

Jul 06, 2021 | 11:53 PM



PELAJAR di sekolah dan institusi pengajian tinggi dikecualikan daripada kegiatan fizikal selama seminggu selepas menerima suntikan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19, jelas jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (6 Julai).



Sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, jurucakap ini berkata aturan ini sudah menjadi amalan sejak lewat Jun, sebelum bermulanya Penggal 3 pada 28 Jun.



Kenyataan MOE ini dikeluarkan sehari selepas jawatankuasa pakar berkenaan vaksinasi Covid-19 mengusulkan agar sesiapa yang mendapatkan vaksin Covid-19 mRNA khususnya golongan belia dan pemuda, harus mengelakkan daripada melakukan senaman atau kegiatan fizikal yang memberatkan selama seminggu selepas suntikan pertama atau kedua vaksin berkenaan.



Pada Selasa, jurucakap MOE berkata semua guru kegiatan pendidikan fizikal dan kokurikular sedang memeriksa status vaksinasi pelajar sebelum bermulanya kegiatan fizikal.



MOE juga menasihati semua ibu bapa dan pelajar agar berhati-hati dengan kesan sampingan vaksinasi yang berpotensi berlaku.



Pelajar yang terasa sakit dada, lelah pernafasannya atau mengalami degupan jantung yang tidak normal harus mendapatkan rawatan perubatan segera, kata jurucakap itu lagi.



"MOE akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) agar mengawasi secara rapi pelajar yang mengalami reaksi teruk selepas vaksinasi agar jagaan sewajarnya dapat diberikan kepada pelajar ini dengan segera," kata jurucakap itu lagi.



Saranan jawatankuasa pakar pada Isnin dikeluarkan sedang HSA mengemukakan maklumat yang dikemas kini buat kali ketiga mengenai keselamatan vaksin Covid-19. HSA mendedahkan ia menerima 12 laporan kes individu dengan radang otot jantung (myocarditis) dan radang tisu mengelilingi jantung (pericarditis) menyusuli suntikan vaksin mRNA.



Tujuh kes ini melibatkan lelaki berusia 30 tahun ke bawah, jumlah lebih tinggi daripada yang dijangka bagi kumpulan usia ini. Separuh kes ini berlaku selepas suntikan pertama manakala bakinya pula selepas suntikan kedua.



Jawatankuasa ini juga mendapati terdapat kes seorang belia 16 tahun yang mengalami serangan jantung sejurus terlibat dalam sesi angkat berat yang memerlukan banyak daya tenaga. Ini berlaku enam hari selepas suntikan pertamanya.



Menggariskan usulan baru, jawatankuasa itu berkata: "Sedang kebanyakan orang dengan radang otot jantung yang berkaitan dengan vaksin di Singapura dan peringkat antarabangsa mengalami tanda sakit yang ringan dan kemudian pulih, kemungkinan kondisi ini boleh menjadi lebih teruk kerana faktor atau kegiatan berat yang mungkin menjejas jantung."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >