Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar dikuarantin atau diberikan cuti ketidakhadiran Covid-19 masih boleh duduki peperiksaan nasional: MOE

Sep 26, 2021 | 03:20 PM



Pelajar yang dikuarantin dibenarkan untuk menduduki peperiksaan nasional jika mereka mahu, pada tahun ini dengan mematuhi syarat-syarat ketat, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Ahad (26 Sept). 



Mereka harus diuji negatif bagi Covid-19 dengan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) di permulaan arahan kuarantin dan melakukan swab sendiri dengan kit ujian pantas antigen (ART) di rumah serta diuji negatif dalam masa 24 jam sebelum setiap kertas peperiksaan. 



Mereka harus ke lokasi peperiksaan dengan menaiki pengangkutan peribadi atau berjalan kaki serta tidak berhenti di mana-mana di antara rumah mereka dan lokasi peperiksaan. 



Sekolah juga perlu dimaklumkan yang mereka akan mengambil peperiksaan itu supaya lokasi peperiksaan dapat disiapkan. 



Langkah lain termasuk bilik digunakan bagi calon berkuarantin itu harus diasingkan daripada pelajar lain dan harus dibersihkan dengan terperinci selepas peperiksaan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >