Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Pelajar dipenjara, tukar jam tangan Rolex $30,000 dengan tiruan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelajar dipenjara, tukar jam tangan Rolex $30,000 dengan tiruan

Aug 08, 2018 | 04:24 PM

SEORANG pelajar yang menggunakan mengambil jam tangan Rolex bernilai $30,000 dan menukarnya dengan jam tiruan berharga $500 dijatuhkan hukuman penjara. 

Mahkamah diberitahu Jim Bradley Misso, 21 tahun, dan temannya merancang untuk menipu ejen hartanah, Encik Thomas Tong Guo Xian, yang cuba menjual jam tangan dalam talian untuk membantunya membeli sebuah rumah bersama tunangnya. 

Encik Tong, 29 tahun, ingin menjual jam tangannya dengan harga $29,500 di Carousel, di mana iklannya itu dilihat oleh rakan Misso, Joshua Chua Yong Cheng pada 30 November tahun lalu. 

Chua, 24 tahun, telah ke rumah Encik Tong pada 13 Januari untuk melihat jam itu tapi tidak mampu membelinya dan kerana itu telah merancang untuk mencurinya dengan Misso. 

Chua membeli jam tiruan seperti itu di Carousell pada harga $500 dan memberikannya kepada Misso. 

Misso menetapkan temujanji dengan Encik Tong untuk melihat Rolex itu pada 22 Janauri, di kolong Blok 3D Upper Boon Keng Road. 

Pada hari itu juga, Chua menghubungi Encik Tong dan meminta untuk berjumpa dengannya untuk makan malam dengan alasan ingin membincangkan pembelian Rolex itu. 

Encik Tong bersetuju dan mengaturkan supaya tunangnya, Nicole Chan Hui Shan, 30 tahun, untuk bertemu Misso. 

Semasa Cik Chan bertemu Misso, Misso berpura-pura memeriksa jam itu di bawah meja, dan menukarnya dengan jam tiruan, manakala dia beredar dari tempat itu dengan jam sebenar. 

Misso kemudian menyerahkan Rolex kepada Chua. 

Apabila Encik Tong pulang dari makan malam bersama Chua pada hari yang sama, dia mendapati perbezaan pada jamnya dan membuat laporan polis. 

Misso dan Chua ditangkap di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 30 Januari. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3