Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar disalur ke sekolah menengah menerusi 3 kumpulan penempatan mulai 2024

Usul supaya sekolah terima pelajar pelbagai kekuatan, tingkat akses para pelajar kepada pelbagai sekolah
Mar 02, 2023 | 05:30 AM



BERMULA daripada kohort Menengah Satu pada 2024, para pelajar akan ditempatkan ke sekolah menerusi tiga Kumpulan Penempatan yang dilakar daripada aliran Ekspres, Normal (Akademik) ataupun Normal (Teknikal) sedia ada.



Tiga kumpulan penempatan itu akan digunakan untuk memudahkan kemasukan ke sekolah dan akan menentukan tahap matapelajaran yang diambil pelajar pada awal tahun.



Kumpulan-kumpulan penempatan itu mengikuti julat markah Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) bagi aliran Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres.



Ini memastikan sekolah akan terus menerima para pelajar yang mempunyai pelbagai kekuatan dan meningkatkan akses para pelajar kepada pelbagai jenis sekolah, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di perbahasan Belanjawan kementeriannya di Parlimen pada Rabu.



Bersama Kumpulan Penempatan yang akan dilaksanakan pada 2024, para pelajar Menengah Satu di 117 sekolah menengah juga akan berpeluang mendapatkan manfaat daripada pengalaman Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (FSBB).



Menjawab pertanyaan Encik Baey Yam Keng (GRC Tampines), dan Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio), Encik Chan menerangkan bagaimana dasar baru itu akan mengubah perjalanan pendidikan.



Di bawah FSBB, para pelajar mempunyai lebih fleksibiliti untuk menyesuaikan pembelajaran mereka dengan kekuatan, minat dan keperluan pembelajaran mereka.



"FSBB bertujuan memastikan sekolah-sekolah mengakui bahawa para pelajar dengan kekuatan yang pelbagai akan terus mempunyai akses kepada pelbagai sekolah," kata Encik Chan



Di bawah FSBB, sekolah boleh mewujudkan kepelbagaian dalam kelas, dengan kelas campuran yang terdiri dari pelajar yang menawarkan subjek pada peringkat yang berbeza.



"Tidak seperti pengaliran yang dilakukan sekarang, kumpulan-kumpulan penempatan hanya akan digunakan untuk menentukan pada peringkat matapelajaran mereka pada awal Menengah Satu," kata Encik Chan.



Encik Chan menambah bahawa di bawah FSBB, para pelajar yang layak akan diberi kelonggaran mengambil mata pelajaran tertentu di peringkat lebih tinggi.



Pilihan sedemikian telah diperluas kepada lebih banyak mata pelajaran.



"Sesetengah para pelajar juga telah mula menawarkan mata pelajaran elektif pada tahap yang lebih rendah dan ini memberi mereka ruang untuk mengejar minat mereka tanpa menambah beban kurikulum mereka secara keseluruhan," kata Encik Chan.



Beliau menambah bahawa para pelajar yang ingin melanjutkan pembelajaran mereka ke tahun kelima di sekolah menengah untuk mengambil mata pelajaran di peringkat lebih tinggi juga boleh melakukan demikian.



Mulai 2027, para pelajar sekolah menengah akan menduduki peperiksaan baru Sijil Pendidikan Menengah Singapura-Cambridge (SEC), yang mencerminkan kombinasi dan tahap matapelajaran mereka yang berbeza.



Ini akan menggantikan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' dan 'N'.



Menjawab pertanyaan yang diajukan Encik David mengenai FSBB dan batasannya bagi pilihan posmenengah, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, menyatakan FSBB bertujuan meluaskan laluan pembelajaran para pelajar dan mengelak dari membataskan para pelajar di tahap awal.



"Program FSBB dilengkapi dengan bimbingan kerjaya oleh para guru di mana mereka memainkan peranan dalam menasihat dan membimbing di setiap peringkat mengenai pilihan dan laluan pembelajaran di posmenengah berdasarkan prestasi dan kekuatan mereka," kata beliau.




SEKILAS INISIATIF BARU MOE



  • Pelajar yang duduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2023 dan ke Menengah Satu pada 2024 akan disalur ke sekolah menengah menerusi tiga Kumpulan Penempatan iaitu 1, 2 dan 3.

- Skor PSLE bagi ketiga-tiga Kumpulan Penempatan ini masing-masing akan mengikut aliran Normal (Teknikal), Normal (Akademik) dan Ekspres yang sedia ada.



  • Lebih Fleksibel dalam Menyesuaikan Pembelajaran Pelajar.

- uPelajar juga akan punya fleksibiliti memilih beberapa subjek pada peringkat lebih rendah agar disesuaikan mengikut rentak pembelajaran mereka.



  • Penggantian Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' dan 'N'.

- Mulai 2027, pelajar akan duduki peperiksaan baru Sijil Pendidikan Menengah Singapura-Cambridge (SEC).



  • Beralih daripada tawaran subjek dan program berdasarkan aliran.

- uMulai 2026, bagi kohort Menengah Tiga, sekolah akan menawarkan Pengkomputeran Umum 1 (G1) sebagai mata pelajaran elektif, menggantikan Aplikasi Komputer (CPA).



  • Perluasan Program Asas Politeknik (PFP)

- uProgram setahun ini menawarkan pelajar N (A) laluan persediaan berdasarkan amali ke peringkat pendidikan politeknik. MOE akan luaskan PFP untuk menawarkan kepada lebih ramai pelajar.



- uMulai Tahun Akademik (AY) 2028, MOE akan menawarkan kepada lebih ramai pelajar, menawarkan gabungan matapelajaran berbeza di peringkat subjek berlainan, untuk melalui PFP.



  • Perubahan kepada kurikulum dan Kemasukan Universiti Autonomi (AUS).

- uMeniadakan peperiksaan pertengahan tahun di maktab rendah (JC) dan Institut Millenia (MI) secara berperingkat, bermula kohort kemasukan JC/MI pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >