PELAJAR yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ tahun lalu mencatat rekod baru dengan 84.8 peratus lulus lima subjek atau lebih.
Ini lebih tinggi berbanding 83.4 peratus pada 2017 dan 84.3 peratus pada 2016, yang merupakan prestasi terbaik Singapura di peperiksaan nasional itu sepanjang sekurang-kurangnya tiga dekad.
Namun, terdapat penurunan dalam jumlah calon sekolah.
Sekitar 26,750 pelajar yang menduduki peperiksaan peringkat 'O' tahun lalu menerima keputusan mereka hari ini (14 Jan), berbanding 29,112 yang mengambil peperiksaan tersebut pada 2017.
Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), 96.4 peratus pelajar lulus tiga subjek atau lebih tahun lalu, sejajar dengan pelajar tahun sebelumnya.
Sekitar 99.9 peratus calon lulus peperiksaan peringkat 'O' mereka, bermakna mereka lulus sekurang-kurangnya satu subjek - satu prestasi yang juga setara dengan 2017.