Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar guna kamera 'pinhole' untuk rakam rakan sekolah dalam kubikel tandas

Nov 17, 2021 | 06:41 PM



DENGAN keinginan merakam rakan sekolahnya sedang menggunakan tandas, remaja lelaki ini memasuki tandas perempuan di sekolah menengahnya dan merancang meletakkan pena hitam yang dilekapkan dengan kamera lubang jarum (pinhole) pada pintu kubikel tandas.



Kamera tersebut diarahkan kepada tempat duduk tandas. Dari situlah, dia merakam seorang pelajar perempuan sedang menggunakan tandas pada 19 Ogos tahun lalu.



Pelajar lelaki yang kini berusia 17 tahun itu mengaku bersalah pada Rabu (17 November) kerana kesalahan merakam video intaian. Dia juga dituduh dengan kesalahan merakam video bawah skirt.



Keterangan mengenai remaja dan sekolahnya tidak boleh didedahkan kerana remaja di bawah usia 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ng Jean Ting memberitahu mahkamah bahawa apabila pelajar perempuan itu sedang meninggalkan kubikel itu, dia terperasan pena yang didapatinya pelik.



"Pelajar itu memandang dekat pena itu dan mendapati terdapat kad SD tersembunyi dalam pena itu manakala kamera lubang jarum pula dilekapkan pada bahagian atas pena itu," tambah DPP Ng.



Remaja itu mengambil pena itu dan menyerahkannya kepada salah seorang naib pengetuanya manakala ketua disiplin sekolah pula melaporkan perkara itu kepada polis dua hari selepas kejadian.



DPP Ng berkata pesalah ini sejak 2019 telah merakam video bawah skirt beberapa wanita yang tidak dikenali di stesen MRT tanpa kebenaran mereka.



"Dia biasanya membuat rakaman itu menggunakan telefon bimbitnya ketika dia menaiki tangga gerak dan tatkala mangsa yang memakai skirt berada di depannya," ujar DPP Ng.



Pada 13 Ogos tahun lalu di stesen MRT, dia merakam video wanita menaiki tangga gerak di depannya.



Dia kemudian mengirim video itu dan dua tangkap layar daripada video tersebut kepada rakan sedarjahnya.



Peguam remaja itu, Audrey Koo, menjelaskan ini adalah kali pertama anak guamnya itu melakukan kesalahan yang membawanya ke mahkamah dan sejak itu, dia telah mengambil langkah positif dengan menghadiri sesi kaunseling.



Hakim Daerah Kessler Soh meminta laporan untuk menilai kesesuaian pesalah bagi tempoh probesen sebelum menghukumnya pada 15 Disember.



Bagi kesalahan merakam video intaian, dia boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >