Pelajar, guru Sekolah Menengah Riverside sedia juadah berbuka Masjid Darul Makmur
May 28, 2019 | 05:30 AM
SEMANGAT Ramadan terpancar baru-baru ini apabila sekumpulan pelajar berbilang bangsa berserta guru turun ke Masjid Darul Makmur, Yishun, untuk bergotong-royong menyiapkan juadah berbuka puasa.
Selama empat hari berturut-turut, pelajar dan guru Sekolah Menengah Riverside itu datang selepas asar.