ANAK istimewa dengan keperluan khas yang menyertai madrasah sepenuh masa kendalian hab pendidikan Islam, My Islamic Journey (MIJ) Education Hub, kini berpeluang mengikuti kurikulum ukhrawi berstruktur daripada Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).
Ini menyusuli penandatanganan memorandum persefahaman (MOU) antara Pergas dengan MIJ semalam.