Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar ITE hasilkan sistem kawal lampu bijak

Jul 19, 2019 | 05:30 AM



UNTUK apa bazir tenaga jika penyelesaian alternatif bijak boleh digunakan.



Demikian pegangan sekumpulan pelajar Institut Pendidikan Tinggi (ITE) Kolej Timur yang telah membangunkan sistem pengawal lampu bijak.



Lampu bijak itu dapat menjimat tenaga apabila penyalaan lampu tidak perlu dikurangkan, sekali gus mengurangkan kos penyenggaraan dan mengurangkan kekerapan menukar bal lampu.



Projek yang diberi nama Smart Luminous System itu menggunakan pengesan bijak dari syarikat Enlighted Inc untuk mengesan kesan fizikal seseorang dan menyalakan lampu seperti mana yang perlu secara automatik.



Kumpulan tersebut terdiri daripada pelajar tahun kedua kursus Higher Nitec Elektronik, Cik Nur Razita Aqeela Muhammad Zulkarnaen, 17 tahun; Encik Muhammad Adib Mohamad Shah, 18 tahun; Encik Hafeez Ridzuan, 17 tahun; dan pelajar tahun kedua dari kursus Nitec Kejuruteraan Mekanikal, Encik Muhammad Syabil Roszaini, 19 tahun; Encik Nuh Eqmalshafeq Roslan Abdullah, 17 tahun; dan Encik Muhammad Syahmi Sa'at, 18 tahun.



Latar belakang mereka daripada kursus berbeza merupakan 'bonus' di mana mereka dapat melengkapi kemahiran yang diperlukan untuk projek tersebut serta mempelajari dari satu sama lain.



Kumpulan tersebut juga terpilih untuk membuat penyampaian bagi projek mereka di Seminar Pelajar Antarabangsa VTC-ITE 2019 di kampus Institut Reka Bentuk Hongkong (HKDI) di Kowloon, Hongkong, baru-baru ini.



Bertemakan 'Generasi yang Lebih Bijak untuk 2020+', seminar tersebut bertujuan mempertingkat kesedaran pelajar tentang kemajuan teknologi serta kesannya terhadap individu, masyarakat, sekitaran fizikal dan ekonomi.



Semasa ditemui di kampus ITE Kolej Timur baru-baru ini, Encik Hafeez berkata pengalaman membuat penyampaian di Hongkong merupakan salah satu pencapaiannya yang terbesar kerana beliau berjaya mengatasi fobianya bercakap di depan khalayak ramai.



Fobia tersebut bermula sejak di darjah lima apabila beliau dikehendaki berkongsi sesuatu di atas pentas tetapi berasa terlalu gementar dan terus menangis.



Sejak itu, Encik Hafeez biasanya akan mengelak untuk ke hadapan.



"Pada saya, ini memang cabaran yang paling besar, tetapi setelah banyak kali berlatih, mendapat tip dan kritikan dari guru dan juga teman. Saya dan beberapa teman yang lain berjaya menyampaikan projek kami di hadapan khalayak ramai yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan dari sekolah negara lain," ujarnya.



Kumpulan pelajar tersebut turut didedahkan kepada projek lain yang dibentangkan oleh pelajar sekolah dari negara berbeza.



"Seronok juga apabila mendengar perkongsian dari negara lain kerana ia juga membuat kami memikirkan bagaimana projek tersebut boleh dilaksanakan di Singapura. Salah satu penyampaian yang menarik perhatian saya adalah projek peladangan bandaran atau 'urban farming' yang menggunakan cahaya UV untuk membolehkan pokok tumbuh," katanya.



Menyentuh tentang pengalamannya terlibat dalam projek tersebut bersama pasukannya, Encik Muhammad Adib berkata pendedahan tersebut dapat membantu mereka apabila melangkah ke alam pekerjaan.



"Singapura kini mempunyai tumpuan untuk menjadi 'Bandar Bijak', dan pengetahun mengenai teknologi terkini seperti Internet of Things (IoT) diperlukan.



"Melalui pendedahan yang kami terima, ia akan memudahkan kami melangkah dalam bidang kerjaya yang sama," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >