Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar ITE pelajari cara harungi cabaran Covid-19

Oct 26, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI 40 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), 29 mentor dan tiga syarikat Amerika Syarikat membincangkan cara bagaimana untuk mengatasi cabaran dunia selepas Covid-19 menerusi Program Pementoran Alumni Kedutaan Amerika Syarikat-ITE.



Program itu yang diadakan baru-baru ini pada 17 dan 24 Oktober di Kolej Central ITE, menyaksikan pelajar ITE mempelajari bagaimana syarikat Amerika Syarikat yang berpangkalan di Singapura - Nike, Boeing, dan Hilton - menangani perniagaan mereka sewaktu pandemik ini.



Program tersebut yang diadakan buat kali kelapan menghubung pelajar ITE dengan mentor warga Singapura yang merupakan alumni program pertukaran pemerintah Amerika Syarikat seperti Program Fulbright, Sidang Puncak Keusahawanan Global (GES), Program Kepimpinan Pengunjung Antarabangsa (IVLP), dan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).



Antara yang telah meraih manfaat daripada program tersebut adalah Muhammad Shaahid Mohamad Hisam, 19 tahun.



Pelajar Higher Nitec tahun kedua dalam Reka Bentuk Interaktif di Kolej Central ITE itu berkata: "Kita belajar kepentingan nilai dan bagaimana untuk menilai diri sendiri dan kita tuliskan apa yang kita bagus dan apa yang kita boleh perbaiki."



Beliau yang bercita-cita mahu menceburi bidang fotografi menambah program tersebut mengandungi ilmu berguna baginya, antaranya apabila syarikat berkongsi bagaimana mereka membuat penyesuaian sewaktu pandemik ini dan memberi tip bagaimana individu sepertinya boleh mengatasi pandemik ini.



Salah seorang mentor bagi program itu, Cik Nadia Yeo, 35 tahun, yang pernah menghadiri program pertukaran YSEALI, berkata antara kemahiran yang dikongsi bersama pelajar adalah meningkatkan keyakinan diri serta mempelajari bagaimana untuk bertutur dengan lebih jelas.



Lagi seorang mentor bagi program itu, Cik Khartini Khalid, 43 tahun, berharap beliau dapat memberi sokongan dan semangat kepada para pelajar.



"Saya dapati ramai pelajar ITE ini matang dari segi pemikiran dan mereka juga berbakat. Cuma apa yang mereka perlukan kadangkala adalah sokongan dan juga kepercayaan dari masyarakat atau dari orang lain," katanya yang pernah mendapat biasiswa Fulbright dan melibatkan diri dalam IVLP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >