Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar ITE reka ais batu berperisa kekalkan minuman enak

Oct 27, 2020 | 05:30 AM



DALAM cuaca panas, minuman ais sangat enak diminum.



Baru-baru ini, sekumpulan pelajar daripada Insititut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur telah mengembangkan kaedah untuk memastikan minuman tidak menjadi hambar daripada cairan ais.



Apabila ais cair dalam minuman, ia selalunya akan membuat minuman itu menjadi tawar. Tetapi dengan ais batu berperisa, minuman itu dapat mengekalkan perisa dan sejuk bagi jangka masa yang lebih lama.



Idea mereka untuk mereka ais batu berperisa telah membolehkan mereka memenangi penghormatan tertinggi pada Pertandingan ITE Makerfest 2020 dan Cabaran Bermula NTU-ITE 2020.



Enam pelajar Nitec dalam bidang perkhidmatan perniagaan - Koh Ke Lin Jonaven, 19 tahun; Dela Cruz Trisha Mae Guzman, 19 tahun; Mohd Haikal Abdullah, 19 tahun; Nur Aqilah Ilham, 18 tahun; Tay Yu Tong, 18 tahun; dan Wee Li Xuan, 18 tahun - menjual minuman mereka di gerai 'pop-up' di Kafe Eureka Taste di Universiti Nasional Singapura.



Menurut laporan The New Paper, pelajar-pelajar, yang menggelar diri mereka Sol-ITE, tidak memiliki pengetahuan mengenai industri makanan dan minuman.



Namun begitu, mereka mengimbanginya dengan kerja keras, untuk menghasilkan produk yang dapat dipasarkan menggunakan bahan berkualiti.



"Kami ingin mengasingkan diri daripada produk yang boleh di dapati di rak-rak serta minuman yang boleh didapati di kafe, yang selalunya mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi.



"Dengan menggunakan bahan yang bermutu tinggi, ia bermakna kami tidak meraih banyak untung tetapi kami yakin ia akan membezakan kami daripada pesaing kami," kata Encik Koh, ketua pasukan, yang berharap dapat memulakan perniagaan.



Cik Aqilah yang telah mencipta idea untuk mereka minuman soda dengan ais batu berperisa strawberi dan beri campuran serta minuman susu dengan ais batu koko setelah melihat catatan di laman media sosial mengenai ais batu berperisa kopi dalam susu.



Setelah beberapa ujian, mereka kini menawarkan empat perisa minuman, masing-masing berharga $3.50.



"Kami berharap untuk menawarkan perisa yang lain dalam masa akan datang, dan kami juga telah bertemu dengan bersama beberapa rakan kongsi untuk meneroka bagaimana kami dapat menawarkan produk ini kepada lebih ramai pelanggan. Kafe Eureka adalah antara rakan kongsi itu," kata Encik Koh.



Bersama dengan Sekolah Perniagaan ITE Kolej Timur, Cik Guzman dan pasukannya sedang dalam perbincangan dengan pengeluar ais JM Ice untuk menghasilkan ais secara besar-besaran untuk diedarkan.



Encik Koh berkata bahawa idea untuk memasuki industri pembuatan berasal dari mentor sekolah dan maklum balas dari para hakim pertandingan.



Pensyarah ITE, Dawn Koh, yang juga mentor bagi kumpulan itu, berharap para pelajar dapat menjalankan kedai 'pop-up' di ITE Kolej Timur dalam masa akan datang, untuk menyumbang semula kepada sekolah dan memberi inspirasi kepada lebih ramai usahawan yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >