Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE

Pelajar jaya bangkit, lulus PSLE selepas atasi cabaran kematian bapa

Nov 22, 2019 | 05:30 AM



KEHILANGAN bapa tersayang pada awal 2017 membuat Ariel Heriyanto Salim, 13 tahun, hilang motivasi terhadap pelajaran dan kerja sekolah.



Ariel mula tidak mengendahkan pelajarannya hingga gagal Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun lalu.



Akibat terpaksa menduduki PSLE sekali lagi, Ariel berubah sikap dan akhirnya dapat meraih keputusan yang baik semalam.



"Saya dan bapa memang amat rapat. Setelah dia meninggal dunia, saya berasa sedih dan seperti tiada lagi sokongan dalam hidup saya," kata pelajar Sekolah Rendah Kranji itu.



Ariel, yang mengambil kesemua subjek asas bagi PSLE, akhirnya dapat meraih keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan itu.



Beliau mendapat gred satu bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Asas, Bahasa Melayu Asas dan Sains Asas, serta gred dua bagi Matematik Asas dengan agregat keseluruhan 163.



Keputusan ini akan membolehkannya meneruskan pelajaran di peringkat menengah Normal (Akademik).



"Saya terkejut apabila dapat tahu keputusan saya kerana saya sebenarnya tidak sangka langsung saya boleh memasuki aliran Normal (Akademik)," katanya.



Ariel merupakan antara 40,256 murid darjah enam yang menduduki PSLE tahun ini.



Sedang teman kelasnya menduduki PSLE pada 2018, Ariel mengakui tidak pergi ke sekolah langsung pada masa itu.



Meskipun harus mengulangi darjah enam sekali lagi, Ariel tetap kerap ponteng sekolah sehingga adakala gurunya terpaksa ke rumahnya untuk memastikan beliau menghadiri kelas.



April lalu, Ariel dimasukkan ke Boys' Town di bawah program Luar Kawalan Ibu Bapa.



Walaupun pahit, tetapi itulah detik perubahan dalam hidupnya dan sikapnya terhadap sekolah berubah, kata Ariel



"Sekitaran yang berstruktur itu membantu saya memberi lebih tumpuan kepada pelajaran saya.



"Saya mula menghadiri kelas, mengulang kaji sendiri dan meminta bantuan daripada cikgu jika saya perlukan," katanya.



Walaupun menghadapi cabaran besar mengikuti pelajaran kerana tidak menghadiri banyak kelas, Ariel mula gigih dan tekun demi memperbaiki keputusannya hingga berjaya memperolehi markah tertinggi bagi peperiksaan preliminari di sekolahnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Asas dan Sains Asas.



Ariel berasa kejayaannya tidak mungkin tercapai tanpa bimbingan gurunya.



Antara mereka ialah ketua peringkat dan guru bertanggungjawab bagi Ariel, Cik Nur Fazalina Hussin, 45 tahun.



Dengan air mata berlinangan, Cik Nur Fazalina berkongsi pengalamannya membimbing Ariel, yang sudah beliau kenali selama tiga tahun.



"Pada mulanya memang susah bagi kami kerana walaupun kami memberi nasihat dan pergi ke rumahnya untuk memastikan beliau tidak ponteng sekolah, ia tidak selalu berkesan," katanya.



Perkara yang paling membanggakan Cik Nur Fazalina adalah melihat perubahan Ariel daripada pelajar yang malas dan kerap ponteng kepada pelajar yang bertanggungjawab dan gigih.



"Ariel membuktikan kepada kami bahawa meskipun telah jatuh sekali, namun beliau boleh bangun semula dan dengan kegigihan inilah, saya yakin Ariel akan terus berjaya pada masa depan," kata Cik Nur Fazalina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >