Pelajar, kakitangan, ibu bapa yang terjejas dengan insiden di Sekolah Tinggi River Valley diberi sokongan trauma: MOE, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pelajar, kakitangan, ibu bapa yang terjejas dengan insiden di Sekolah Tinggi River Valley diberi sokongan trauma: MOE

Jul 21, 2021 | 08:56 PM

SOKONGAN psikologi dan trauma akan ditawarkan kepada teman rapat dan guru pelajar menengah satu dan remaja 16 tahun yang dituduh membunuhnya di Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) pada Isnin (19 Julai).

Pakar dan kaunselor sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) yang dilatih dalam latihan kecemasan psikologi dan pengurusan trauma berada di sekolah tersebut pada Selasa dan masih lagi distesenkan di situ, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Encik Wong Siew Hoong.

Beliau menambah sebuah bilik disediakan sekolah itu sejak Selasa bagi kakitangan yang terjejas, pelajar dan ibu bapa meraih sokongan. Ia akan berfungsi hingga hujung minggu ini.

Encik Wong ditemui media pada Rabu di ibu pejabat MOE di Buona Vista, dua hari selepas pembunuhan pelajar 13 tahun itu berlaku di kampus sekitar Boon Lay.

Katanya: "Secara semula jadi, menyusuli insiden ini, dapat difahami beberapa ibu bapa terasa gelisah di atas keselamatan anak-anak mereka. Sekolah-sekolah sekalian, keselamatan pelajar telah dan akan terus menjadi kepentingan utama buat kita semua."

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Beliau menambah semua sekolah akan terus berjaga-jaga tentang keselamatan kampus dan proses yang diperlukan kini dimanfaatkan bagi memastikan keselamatan terpelihara.

RVHS, dengan sokongan MOE, juga telah menyediakan kakitangan, pelajar dan ibu bapa dengan talian bantuan serta akan terus memerhatikan secara rapi pelajar dan kakitangan yang dilanda trauma atau menunjukkan tanda cemas berpanjangan agar bantuan dapat diberikan kepada mereka tepat pada masanya. kata Encik Wong.

Beliau menggesa pelajar yang mengalami kesukaran agar memberitahu ibu bapa mereka, guru atau orang dewasa yang dipercayai.

Menurutnya, pada pagi Rabu, 97 peratus pelajar RVHS kembali ke sekolah, sama seperti hari-hari persekolahan lain.

"Inilah kebingkasan pelajar kita dan kami benar-benar bangga dengan pencapaian mereka.

"Guru-guru RVHS meluangkan masa pagi ini untuk bertanya kepada pelajar mereka dan membantu mereka memproses apa yang telah berlaku. Adalah penting mewujudkan ruang selamat buat pelajar berbual dan memproses perasaan mereka," kata Encik Wong lagi.

Pelajar RVHS terdiri daripada belia antara usia 12 dengan 18 tahun. Sekolah ini menawarkan Program Bersepadu yang membolehkan pelajar tidak mengambil peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan sebaliknya mengambil GCE Peringkat 'A' terus pada tahun keenam.

Encik Wong berkata: "Tragedi ini secara tidak dapat dielakkan telah menyebabkan kejutan terasa di sekolah-sekolah kita dan fraterniti pendidikan Singapura. Semua sekolah dan guru kita bersatu hati membantu dan berada dalam keadaan berjaga-jaga khususnya buat pelajar berisiko serta mereka yang bergelut emosinya untuk menangani apa yang berlaku, untuk menyediakan buat mereka sokongan serta-merta."

Beliau menambah budaya sokongan rakan yang dibina dalam sekolah-sekolah di sini akan berguna dalam tempoh pelajar boleh menjaga dan menyokong satu sama lain. Mereka juga boleh menggalakkan satu sama lain dalam keadaan resah untuk mendapatkan bantuan daripada orang dewasa, ibu bapa, guru dan kaunselor.

Menurut Encik Wong lagi: "Masa diperlukan bagi kita semua memproses dan pulih daripada peristiwa ini. Bagi minda anak-anak muda yang kita asuh di sekolah kita, ini adalah episod yang sukar untuk difahami, kerana itu MOE dan sekolah kita sangat fokus dalam membantu mereka memperolehi pengajaran berguna dan menyediakan sokongan yang diperlukan bagi mereka yang memerlukan."

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map