Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Pelajar kembali ke sekolah bertahap apabila Penggal 3 bermula 28 Jun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelajar kembali ke sekolah bertahap apabila Penggal 3 bermula 28 Jun

MOE laksana beberapa langkah demi keselamatan pelajar dan kakitangan
moe
Jun 15, 2021 | 05:30 AM

PELAJAR darjah satu hingga tiga akan meneruskan pembelajaran di rumah selama seminggu mulai 28 Jun, apabila penggal ketiga persekolahan bermula, kata Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.

Ini sebahagian daripada langkah membolehkan pelajar pulang ke sekolah secara bertahap selepas cuti sekolah Jun, bagi memastikan pelajar dan kakitangan selamat.

Pelajar menengah satu dan dua akan menjalani pembelajaran di rumah hingga 30 Jun, dan kembali ke sekolah pada 1 Julai.

Hanya murid darjah empat hingga enam, pelajar menengah tiga hingga lima dan semua pelajar maktab rendah serta Institut Millennia akan kembali ke sekolah pada 28 Jun apabila penggal baru bermula.

Kesemua pelajar akan kembali ke sekolah mulai 6 Julai.

Tarikh 5 Julai, iaitu Isnin, adalah cuti sekolah.

MOE berkata bagi kelas yang diadakan di pusat, seperti program elektif muzik dan seni atau bahasa ketiga, pelajar yang bakal tamat sekolah akan sambung semula pelajaran secara fizikal mulai minggu pertama Penggal 3, sementara pelajar lain akan meneruskan pembelajaran di rumah.

Kelas yang diadakan di pusat akan disambung secara fizikal bagi semua pelajar mulai minggu kedua Penggal 3.

MOE juga berkata institut pengajian tinggi juga akan membenarkan pelajar kembali ke kampus secara bertahap.

Mulai 21 Jun, perundingan atau kelas berkumpulan kecil yang sebelum ini dijalankan dalam talian boleh sambung di kampus.

Pelajar akan terus kembali untuk sesi fizikal penting seperti sesi makmal dan amali.

Peperiksaan secara fizikal juga akan terus diadakan tanpa lebih 50 orang di satu-satu tempat.

Semua kelas fizikal dan kegiatan lain di kampus dikenakan langkah pengurusan selamat ketat.

Kelas dan kuliah melebihi 50 orang akan terus diadakan dalam talian, kata MOE.

Bagi mereka yang memerlukan pengaturan penjagaan bagi anak-anak kecil, tadika MOE dan pusat penjagaan pelajar di sekolah akan disambung sepenuhnya mulai 28 Jun.

Pelajar sekolah pendidikan khas juga akan kembali ke sekolah secara bertahap mulai 28 Jun, berdasarkan keperluan mereka.

Semua pelajar akan kembali ke sekolah mulai 6 Julai.

MOE juga berkata ia merancang menyambung secara bertahap Kegiatan Kokurikulum (CCA) secara fizikal dari minggu kedua Penggal 3, bermula dengan kegiatan berisiko rendah.

Memandangkan ada keperluan mengurangkan percampuran pelajar dari sekolah berbeza sejajar dengan sambungan kegiatan pelajar secara bertahap, Sukan Sekolah Kebangsaan (NSG) bagi Divisyen C dan Junior serta pertandingan lain bagi Divisyen A akan dibatalkan, katanya.

Semua kelas tuisyen dan pengayaan bagi individu berusia 18 tahun dan ke bawah boleh sambung pelajaran fizikal mulai 21 Jun.

Dalam satu pos di Facebooknya semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata hampir 90 peratus pelajar telah mendaftar bagi vaksinasi dan seorang daripada setiap tiga tiga telah menerima dos pertama vaksin.

Bagi menyediakan sekitaran selamat buat pelajar, langkah pengurusan selamat seperti memakai pelitup, penyahjangkitan premis secara tetap dan pemeriksaan suhu badan akan terus dilaksana, katanya.

"Sedang kita beralih kepada pengaturan pembelajaran secara fizikal, marilah terus memainkan peranan kita dan bekerjasama dalam perjuangan menentang Covid-19 dengan mengamalkan kebersihan peribadi baik serta mematuhi semua SMM (langkah pengurusan selamat) dan langkah pemeriksaan," tambah beliau.


KEMBALI KE SEKOLAH SECARA BERTAHAP

SEKOLAH RENDAH

- Mulai 28 Jun

Darjah 4 hingga 6 kembali ke sekolah

Darjah 1 hingga 3 menjalani pembelajaran di rumah (HBL) pada minggu pertama

- Mulai 6 Julai

Semua pelajar kembali ke sekolah

SEKOLAH MENENGAH

- Mulai 28 Jun

Menengah 3 hingga 5 kembali ke sekolah

Menengah 1 hingga 2 menjalani pembelajaran di rumah (HBL) hingga 30 Jun

- Mulai 1 Julai

Semua pelajar Menengah 1 hingga 5 kembali ke sekolah

MAKTAB RENDAH/INSTITUT MILLENNIA

- Mulai 28 Jun

Semua kembali ke sekolah

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3