Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar lebih minat dengan sekolah apabila ibu bapa terlibat sama

Aug 15, 2022 | 05:30 AM



SATU kajian baru telah mendapati bahawa pelajar lebih berminat dengan sekolah apabila ibu bapa mengambil berat tentang kehidupan sekolah mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti, seperti mesyuarat ibu bapa dan guru atau acara sekolah.



Perkongsian antara sekolah dan keluarga boleh berterusan walaupun lebih sedikit ibu bapa melakukan kerja sukarela apabila anak mereka melangkah ke sekolah menengah, menurut tinjauan Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) oleh kira-kira 7,500 pelajar Sekolah Rendah 4 dan Menengah 2 dari 37 sekolah.



Dr Melvin Chan, penolong dekan pengurusan pengetahuan dari pejabat penyelidikan pendidikan (NIE), yang mengetuai kajian itu, berkata penyelidikan kuantitatif tentang sama ada penglibatan ibu bapa di sekolah membawa hasil yang bermanfaat telah dikaji hanya dalam kajian yang lebih kecil.



Tetapi, "penyelidikan berdekad menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam sekolah penting untuk tahap penglibatan pelajar", katanya.



"Faedah lebih meningkat apabila ibu bapa lebih terlibat," tambah beliau.



Kajian itu melihat kesan penglibatan ibu bapa terhadap tiga bidang: penglibatan kognitif (kemajuan akademik), penglibatan tingkah laku (perhatian mereka di dalam kelas) dan penglibatan emosi (sejauh mana mereka menikmati sekolah). Keputusan menunjukkan korelasi positif antara penglibatan ibu bapa dan ketiga-tiga bidang.



Kajian ini dijalankan dengan meminta para pelajar untuk menilai kenyataan tentang penglibatan ibu bapa mereka dan persepsi mereka, sebagai contoh: 'Ibu bapa saya menghadiri mesyuarat ibu bapa-guru', atau, 'Saya bangga melihat ibu bapa saya menjadi sukarelawan di sekolah'.



Kaedah ini dipilih kerana kanak-kanak secara amnya memberikan penilaian yang lebih tepat terhadap tingkah laku ibu bapa dan ibu bapa selalunya akan melebih-lebihkan penglibatan mereka, kata Dr Chan.



Para pelajar melihat tiga jenis aktiviti utama ini secara positif - apabila ibu bapa mereka menghadiri persidangan ibu bapa dan guru, apabila mereka membincangkan kemajuan pembelajaran mereka dengan guru, dan apabila mereka menghadiri ceramah atau bengkel yang dianjurkan oleh sekolah.



Tetapi pelajar yang paling terlibat di sekolah mempunyai ibu bapa yang juga terlibat di luar perkara bilik darjah, contohnya mengambil bahagian dalam atau menyelaraskan aktiviti untuk sekolah.



"Ibu bapa mungkin menyerahkan kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka, terutamanya di sekolah menengah, atau mempunyai persempadanan yang mempunyai peranan yang jelas - rumah berbanding sekolah.



"Tetapi kajian menunjukkan bahawa ada sebab untuk ibu bapa lebih melibatkan diri mereka," katanya.



Penglibatan ibu bapa selalunya menurun apabila anak-anak mereka pergi ke sekolah menengah.



Kajian mendapati penyertaan ibu bapa di kedua-dua sekolah rendah dan menengah adalah setanding dengan aktiviti berkaitan akademik seperti persidangan ibu bapa dan guru dan perbincangan tentang kemajuan anak mereka.



Tetapi lebih ramai pelajar sekolah menengah melaporkan bahawa ibu bapa mereka mundur dari terlibat dalam aktiviti atau keperluan sekolah yang bukan akademik.



Ini mungkin kerana beberapa sebab termasuk ibu telah kembali bekerja atau kerana waktu sukarelawan tidak lagi diperlukan untuk penempatan sekolah.



Dr Chan berkata sesetengah ibu bapa juga berpendapat bahawa anak remaja mereka tidak mahu mereka di sekolah, tetapi ini adalah tanggapan yang salah oleh ibu bapa yang boleh diubah.



Memetik kajian oleh Dr William Jeynes, profesor pendidikan di Universiti California State - yang mengkaji penglibatan ibu bapa dan penulis buku yang dipanggil Parental Involvement And Academic Success - Dr Chan berkata ibu bapa harus membina hubungan bersama anak mereka dengan menyokong supaya anak-anak mahu mereka terlibat dalam kehidupan mereka.



"Apabila remaja melihat sokongan dengan cara yang mendalam, ketika itulah mereka akan lebih mengalu-alukan penglibatan ibu bapa," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >