Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI KEHARMONIAN KAUM: Disambut meriah di sekolah serata negara

Pelajar Madrasah Aljunied, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang berbalas kunjungan

Jul 22, 2016 | 05:30 AM



SEMASA Tahun Baru Cina yang lepas pada awal tahun ini, sekumpulan pelajar madrasah berkesempatan mengunjungi dan menyertai sambutan perayaan masyarakat Cina itu di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang (NYGH).



Semalam, pelajar dan guru sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) Cina itu pula membalas kunjungan ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri sempena Hari Keharmonian Kaum juga.



Madrasah Aljunied menggabungkan dua perayaan itu dengan menganjurkan pelbagai kegiatan kebudayaan dan mengundang pelajar NYGH ke sekolah mereka yang terletak di Victoria Lane itu.



Sekitar 50 pelajar NYGH berpeluang menyertai pelbagai permainan budaya dan kegiatan lain sambil menjamu hidangan Hari Raya.



Dua pelajar NYGH turut memberi persembahan khas erhu, sebuah alat muzik tradisional Cina.



Program yang berjalan selama satu jam setengah itu memuatkan beberapa acara yang bertujuan membantu pelajar NYGH memahami amalan budaya orang Islam pada musim Hari Raya Aidilfitri.



Antara lain, pelajar Madrasah Aljunied memberi persembahan nasyid dan dikir barat.



Pelajar NYGH pula berpeluang merasa kuih-muih Hari Raya serta mencuba pakaian tradisional orang Melayu seperti baju kurung.



Hari Keharmonian Kaum mengingatkan pelajar supaya menghargai nilai keharmonian kaum dan persefahaman dalam masyarakat berbilang budaya di Singapura.




HARI KEHARMONIAN KAUM



  • Hari Keharmonian Kaum ialah acara tahunan bagi memperingati rusuhan kaum pada 1964.

  • Diraikan di sekolah bagi mendidik pelajar tentang peri pentingnya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Singapura.

  • Dilancarkan pada 1997 sebagai sebahagian daripada program Pendidikan Nasional kendalian Kementerian Pendidikan (MOE) untuk sekolah.

  • Sambutan Hari Keharmonian Kaum turut dianjurkan pertubuhan akar umbi dan masyarakat.

  • Rusuhan kaum berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina pada 21 Julai 1964 sewaktu perarakan sambutan Maulud Nabi.

  • Keganasan menyusuli rusuhan itu berpanjangan selama lima hari, mengakibatkan 22 orang terbunuh dan lebih 450 orang cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >