Pelajar madrasah bakal manfaat hasil semakan skim bantuan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pelajar madrasah bakal manfaat hasil semakan skim bantuan

Mar 19, 2019 | 05:30 AM

PELAJAR madrasah bakal mendapat lebih banyak manfaat daripada skim bantuan yang disemak semula.

Pelajar daripada keenam-enam madrasah sepenuh masa di sini kini boleh meraih manfaat dengan adanya bantuan kewangan tambahan, berkat sokongan masyarakat Islam setempat yang telah memberi sumbangan dengan murah hati.

Dek sumbangan mereka, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dapat mengkaji semula Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas) untuk meningkatkan jumlah subsidi yang diterima setiap penerima, dengan meningkatkan kuantum bantuan yang diberi kepada setiap seorang.

Hasil semakan tersebut, Muis akan memperuntukkan sejumlah $600,000, naik daripada $403,000 pada tahun lalu, bagi pelajar madrasah yang pendapatan per kapita rumah mereka tidak melebihi $500 atau yang berasal daripada keluarga penerima zakat.

Pelajar ini akan menerima subsidi bulanan $100 bagi yuran sekolah mereka.

Berita Popular

Demikian dikatakan Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad, dalam ucapannya semasa majlis penyampaian Anugerah Pelajar Madrasah (MSA) dan pemberian Promas yang diadakan Sabtu lalu di Wisma Geylang Serai.

Selain itu, seramai 59 pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka tahun lalu diberikan Anugerah Prestasi Promas.

Mereka menerima wang di samping subsidi yuran sekolah.

Dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim sebagai tetamu terhormat, majlis tersebut menyaksikan 547 pelajar madrasah menerima 665 anugerah.

Jumlah penerima tersebut merupakan yang terbesar sejak anugerah itu diperkenal pada 2017.

Sebanyak $189,000 bakal diberikan tahun ini sebagai sebahagian MSA.

Anugerah tersebut disampaikan bagi memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang daripada enam Madrasah di sini selain mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang telah menunjukkan peningkatan terbesar dalam prestasi mereka dalam setahun.

Ia diberikan kepada pelajar warga Singapura yang belajar di enam madrasah sepenuh masa setempat dari peringkat darjah satu hingga prauniversiti 2.

Sebelum menerima anugerah itu, pelajar sempat menerima nasihat daripada Dr Albakri yang mengingatkan mereka agar sentiasa bersikap rendah hati.

"Saya percaya adalah penting bagi kita semua terus bersikap rendah hati dan tidak menganggap diri ini sudah mencapai kejayaan.

"Teruskan dengan kerja keras anda kerana pembelajaran adalah perjalanan sepanjang hayat dan meskipun anda tidak akan selalu diiktiraf bagi kerja keras anda, ingatlah bahawa tujuan kita belajar adalah agar dapat berkhidmat dalam jalan Allah, dalam apa jua kemampuan kita," ujar beliau.


"Saya percaya adalah penting bagi kita semua terus bersikap rendah hati dan tidak menganggap diri ini sudah mencapai kejayaan. Teruskan dengan kerja keras anda kerana pembelajaran adalah perjalanan sepanjang hayat dan meskipun anda tidak akan selalu diiktiraf bagi kerja keras anda, ingatlah bahawa tujuan kita belajar adalah agar dapat berkhidmat dalam jalan Allah, dalam apa jua kemampuan kita."
- Dr Albakri Ahmad, Timbalan Ketua Eksekutif Muis, memberi nasihat kepada penerima Anugerah Pelajar Madrasah (MSA) dan Anugerah Prestasi Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map