Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar madrasah boleh main peranan beri sinar bangun keharmonian kaum: Faishal

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR madrasah merupakan suluh yang memberi sinaran bagi masyarakat Muslim Singapura dan mereka turut memainkan peranan dalam membangunkan serta mengekalkan keharmonian kaum di sini, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Dr Faishal telah menyertai satu sesi dialog bersama para pelajar dari beberapa madrasah di sini yang dianjurkan Taman Bacaan semalam.



Berkongsi pandangannya dengan para pelajar itu, yang sebahagiannya menyertai dialog tersebut secara dalam talian, beliau berkata:



"Saban tahun, orang-orang muda menjadi mangsa radikalisasi, jadi amat penting bagi kita menyediakan platform sebegini agar anda semua boleh menjadi duta dan suara keharmonian.



"Para pelajar madrasah memainkan peranan penting, merekalah suar bagi masyarakat Muslim Singapura.



"Saya ingin melihat masyarakat didorong oleh anda dengan elemen positif iaitu anda menyesuaikan (perkara) mengikut konteks kita di sini."



Dialog bertema 'Belia Bertindak: Mengatasi Ideologi Ekstremis Melalui Ketahanan Sosial' itu turut melibatkan Presiden Taman Bacaan, Encik Abdul Halim Kader; Editor Singapura, The Straits Times, Encik Zakir Hussain; Kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Ahmad Saiful Rijal; dan moderatornya, Encik Fazlur Rahman Kamsani.



Ia merupakan kerjasama Taman Bacaan dengan RRG dan dan Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG).



Berkongsi pandangannya semasa dialog tersebut, Encik Zakir berkata adalah penting untuk sentiasa ingat akan konteks Singapura.



Beliau juga menambah bukan susah bagi pelajar madrasah memainkan peranan mereka dalam memupuk keharmonian kaum. Katanya:



"Saya fikir satu contoh di mana pelajar madrasah boleh memainkan peranan ialah dalam perkara seharian, misalnya membantu seseorang melintas jalan raya, hal-hal kecil sebegitu.



"Malah, (mereka) boleh juga menganjurkan acara bersama yang meningkatkan keharmonian agama atau merapatkan jurang dengan warga Singapura yang berbangsa lain."



Sementara itu, Ustaz Saiful, yang telah mendapatkan pendidikannya di madrasah setempat berkata para pelajar madrasah mempunyai peluang amat baik menimba ilmu daripada guru-guru yang alim.



"Dalam pendidikan saya sebagai pelajar madrasah, saya tidak pernah belajar apa-apa pun tentang keganasan daripada guru saya dan saya percaya anda semua berada dalam kedudukan istimewa di mana anda boleh belajar daripada ulama, asatizah dan guru yang dihormati.



"Adalah tanggungjawab anda sebagai duta keamanan dan keharmonian untuk menyampaikan kebenaran tentang ajaran Islam kepada Muslim yang lain, bahkan bukan Muslim juga," ujarnya.



Selain dialog tersebut yang diadakan di studio Boss Production di Ubi Avenue 3, satu pendekatan belia juga diadakan di mana tiga asatizah - Ustaz Sheikh Mohamed Farouq, Ustazah Lina Sakinah Salim dan Ustaz Ahmad Saiful Rijal - membuat penyampaian masing-masing.



Ustaz Farouq telah menyampaikan tentang kepentingan melestarikan intelek dalam era digital, Ustazah Lina memberi pencerahan tentang memahami peranan jantina dalam menentang radikalisasi ekstremisme ganas dalam talian, sementara Ustaz Saiful pula menyampaikan tentang belia dan radikalisasi.



Acara semalam turut menyaksikan pelancaran Duta Keamanan Dalam Talian Belia di mana 10 pelajar madrasah telah dilantik untuk menyebarkan mesej-mesej kepada rakan mereka dan pelajar lain bagi menentang radikalisasi dalam talian.



Para duta itu akan diberi latihan dan digalakkan menghadiri bengkel bagi membantu mereka mendekati pelajar lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >