Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN (MOE)

Pelajar madrasah layak terima skim bantuan Muis

Mar 05, 2020 | 05:30 AM



PELAJAR madrasah layak menerima Anugerah Pelajar Madrasah yang dikelola Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah boleh menerima bantuan daripada Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas).



Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Pengerusi Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), Encik Faisal Manap yang juga Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE).



Encik Faisal telah bertanya sama ada Skim Bantuan Kewangan (FAS) dan Anugerah Edusave akan diperluaskan untuk merangkumi pelajar madrasah.



Ini kerana sumbangan Edusave turut diberikan kepada pelajar madrasah, katanya.



Namun, Dr Faishal menerangkan bahawa perbandingan tersebut tidak tepat.



"Semua warga Singapura berusia antara tujuh dengan 16 tahun, tidak kira sekolah mana yang dihadiri, menerima sumbangan Edusave tahunan.



"Ini memastikan setiap anak Singapura menerima sokongan bagi aktiviti sekular tambahan.



"Anugerah Edusave pula ialah sebahagian program oleh sekolah kebangsaan yang mengiktiraf sifat, kepimpinan, kelakuan, pelupusan pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar yang menghadiri sekolah kebangsaaan.



"Begitu juga FAS MOE yang diberikan kepada pelajar di sekolah yang dibiayai MOE. Oleh itu, pelajar sekolah privet, termasuk madrasah sepenuh masa, tidak tergolong dalam golongan pelajar tersebut," ujar Dr Faishal.



Sementara itu, dalam ucapannya semalam beliau turut menegaskan MOE bertekad mahu memupuk nilai murni dalam diri pelajar, serta kepentingan melibatkan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam usaha ini.



"Sekolah-sekolah kita aktif mendekati ibu bapa dan bekerja rapat dengan mereka untuk menyokong anak-anak kita meneruskan kekuatan dan minat mereka dan membentuk nilai dan sikap yang baik," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >