Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar manfaat inovasi selesai masalah

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



KELAS '3D' maya, menyelamatkan makanan, dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu golongan kurang upaya penglihatan adalah antara projek yang disampaikan kepada 600 para peserta Seminar Pelajar Antarabangsa Institut Pendidikan Teknikal (ITE) -Majlis Latihan Vokasional(VTC) yang berlangsung semalam dan hari ini.



Sebanyak 16 projek dipaparkan di Seminar Pelajar Antarabangsa ITE-VTC, satu acara dwitahunan yang berlangsung di ITE Kolej Barat dan dianjurkan bersama oleh ITE Singapura dan VTC, Hong Kong sejak penubuhannya pada tahun 2007.



Hari pembukaan seminar itu juga menyaksikan kumpulan bersama dari ITE dan VTC menyampaikan projek mereka bertajuk 'Looking through the Human Canvas' yang menggunakan lukisan badan secara kreatif sebagai medium komunikasi visual untuk mereka meluahkan pengalaman mereka hidup di zaman pandemik Covid-19 sambil meneroka pelbagai aspek kemampanan, inklusiviti dan membayangkan semula masa depan.



Diantara projek yang dipaparkan oleh para pelajar ITE di seminar itu termasuk penggunaan teknologi bagi membolehkan mereka yang kurang berupaya dalam penglihatan untuk membina masyarakat yang lebih inklusif.



Demikian pegangan sekumpulan pelajar ITE Kolej Barat yang telah membangunkan aplikasi kecerdasan buatan AI dalam projek mereka bertajuk 'The Sixth Sense' untuk membantu golongan kurang upaya penglihatan.



Menurut Muhammad Jamsyir Izzaldin, 17 tahun, kumpulannya yang mempunyai lapan anggota kumpulan telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH) dan mendapati bahawa mereka yang kurang upaya penglihatan belum boleh memanfaatkan dengan sepenuhnya daripada teknologi.



"Mereka seringkali mengalami kesukaran untuk beralih dari satu lokasi ke lokasi yang lain, dan menghadapi halangan biasa yang tidak dapat dikesan dengan penggunaan tongkat berjalan.



"Oleh itu, dengan menggunakan AI dan membangunkan aplikasi yang boleh membantu mereka dalam pengiktirafan papan tanda, seperti tandas lelaki dan perempuan, dan nombor bas awam, ia akan memberi mereka pengenalan yang lebih tepat tentang lokasi mereka," kata pelajar tahun dua Nitec dalam bidang pentadbiran perniagaan itu.



Bagi Mohammad Fitri Mohammad Azman, 19 tahun pula, beliau menyatakan bahawa bekerjasama dengan kumpulannnya untuk projek mereka yang bertajuk 'EastWest Food Rescue' membolehkannya mempelajari kemahiran baru.



"Kumpulan kami mempunyai anggota kumpulan dari ITE Kolej Barat dan ITE Kolej Timur dan dengan latar belakang kami daripada kursus berbeza merupakan 'bonus' kerana ia dapat melengkapi kemahiran yang diperlukan untuk projek kami dan kami berpeluang mempelajari dari satu sama lain," kata pelajar tahun dua Nitec dalam bidang latihan kecergasan dari ITE Kolej Barat.



Menyentuh tentang projek kumpulannya, Mohammad Fitri mengatakan bahawa kumpulannya ingin menangani pembaziran makanan kerana ia telah meningkat sekitar 20 peratus dalam jangka masa satu dekad sahaja.



Kumpulannya mengusahakan kempen kesedaran untuk mengurangkan pembaziran buah-buahan dan sayur-sayuran dan bekerjasama dengan Restoran Amber West di ITE Kolej Barat dan pembekal makanan TreeDots untuk mengubah makanan yang tidak kelihatan menarik (tetapi masih boleh dimakan) kepada makanan yang lazat dan layak disajikan dalam menu restoran untuk menukarkan persepsi orang ramai.



"Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak kelihatan cantik tidak semestinya ia sudah rosak dan tidak boleh dimakan dan saya harap orang ramai akan menyedari bahawa mereka masih seringkali boleh membelinya dengan harga yang berkurangan dan ini adalah satu cara bagi mereka untuk menjimatkan wang dan membantu untuk tidak membazir makanan," seru beliau. - RABIATUL ADAWIYA BINHAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >