Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA DI HUJUNG JARI ANDA

Pelajar menengah akan dapat akses percuma akhbar SMT

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



KESEMUA pelajar sekolah menengah akan mendapat akses digital percuma kepada akhbar seperti Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu serta kandungan lain bagi pembelajaran bahasa ibunda selama enam tahun.



Sekitar 143,000 pelajar sekolah menengah merentasi 136 sekolah menengah di sini akan meraih manfaat daripada program "News At Your Fingertips" atau "Berita di Hujung Jari Anda."



Ia akan bermula pada bulan depan dan akan berlangsung sehingga 2027.



Ia juga dibiayai dengan derma $15 juta daripada yayasan amal Ngee Ann Kongsi, kata Kementerian Pendidikan (MOE), SPH Media Trust (SMT) dan Ngee Ann Kongsi dalam satu kenyataan bersama, Jumaat lalu.



Ia juga akan merangkumi akses digital untuk semua guru bahasa ibunda di sekolah rendah dan menengah di sini serta guru dari maktab rendah dan Institut Millenia, agar dapat digunakan sebagai sumber dalam bilik darjah.



Akses akan diberikan sekali setiap dua minggu semasa penggal sekolah bagi semua tajuk berita, tambah kenyataan itu lagi.



Pelajar yang mengikuti bahasa Melayu akan mendapat akses kepada akhbar dalam talian Berita Harian dan akhbar pelajar, Generasi Geliga.



Kerjasama itu telah dimeterai pada Jumaat lalu oleh ketua pengarah MOE, Encik Wong Siew Hoong; naib presiden Ngee Ann Kongsi dan pengerusi jawatankuasa kecil derma dan amal, Cik Jamie Teo dan ketua eksekutif SMT, Cik Teo Lay Lim dalam satu majlis di Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim dekat Yishun.



Presiden Ngee Ann Kongsi, Encik James Teo berkata, pertubuhan itu percaya dalam memperkasa pelajar melalui pendidikan dan berharap program baru itu akan membantu pelajar memahami isu penting dalam bahasa vernakular Singapura.



"Sepanjang tahun, The Ngee Ann Kongsi telah meluaskan dan memperkukuh sokongan dermawan kami bagi sektor pendidikan di Singapura. Melebih masyarakat Teochew, kami juga telah mula meninjau peluang untuk menyumbang kepada program dan inisiatif yang memanfaatkan semua warga Singapura.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang menyaksikan penandatanganan perjanjian itu berkata dalam satu ucapan bahawa dwibahasa merupakan asas dalam masyarakat Singapura dan pihak kementeriannya mahu menjadikan pembelajaran bahasa menarik dan terkini.



Beliau menambah pelajar kini terdedah dengan pelbagai maklumat dalam talian dan membimbing mereka agar lebih bijak dalam memilih maklumat, adalah aspek penting dalam pendidikan.



"Mendapatkan akses sedia ada kepada sumber berita digital yang dipercayai menerusi kerjasama ini akan meluaskan perspektif pelajar mengenai isu yang kian menjadi trend selain memperkukuh pemahaman mereka tentang ehwal semasa," katanya.



Pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan berkata pertubuhan itu sedang bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat untuk menggalak berita dan kecelikan media, terutama dalam kalangan pelajar dan belia.



"Turut disematkan dalam usaha ini adalah sokongan kita terhadap pemerintah dan masyarakat untuk menggalak bahasa ibunda dan kegunaannya setiap hari.



"Jika dibandingkan dengan sekitaran yang lebih besar dalam kalangan mereka yang berbahasa Inggeris, bahasa ibunda kita perlu terus kekal hidup dan relevan," katanya sambil menambah bahawa SMT akan mempertingkat peranannya dalam usaha untuk memeliharanya.



Encik Khaw berkata menjadikan bahasa ibunda terus hidup adalah satu aspek penting daripada sudut politik dan ekonomi, terutama jika mengambil kira warisan Singapura yang berbilang bangsa dan bahasa serta lokasinya di Asia.



Di samping itu, SMT juga akan mempertingkat penerbitan pelajarnya dengan menghasilkan kandungan yang dianggap menarik selain akan memperkukuh kewujudannya di platform media sosial, seperti Instagram, Telgram dan TikTok, katanya lagi.




“Sepanjang tahun, The Ngee Ann Kongsi telah meluaskan dan memperkukuh sokongan dermawan kami bagi sektor pendidikan di Singapura. Melebih masyarakat Teochew, kami juga telah mula meninjau peluang untuk menyumbang kepada program dan inisiatif yang memanfaatkan semua warga Singapura.”
– Presiden Ngee Ann Kongsi, Encik James Teo.



“Mendapatkan akses sedia ada kepada sumber berita digital yang dipercayai menerusi kerjasama ini akan meluaskan perspektif pelajar mengenai isu yang kian menjadi trend selain memperkukuh pemahaman mereka tentang ehwal semasa.”
– Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >