PELAJAR sekolah menengah didedahkan dengan pembelajaran meluas termasuk yang di luar kurikulum.
Sejajar dengan seruan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam memupuk minat pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pelajar, Politeknik Republic (RP) telah mendekati pelajar dan mendedahkan mereka kepada bidang komunikasi massa dalam acara tahunan RP - pertandingan Cabaran Media.