Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Nanyang bangunkan portal bantu ibu bapa anak berkeperluan khas

Jan 09, 2017 | 12:31 PM



IBU bapa kanak-kanak istimewa kini mempunyai portal dalam talian baru yang boleh membimbing mereka sebelum mendaftarkan anak mereka dalam program berstruktur pemerintah.



Mereka biasanya mahu menyokong pembelajaran anak mereka, tetapi ramai daripada mereka, dek mempunyai latihan formal sedikit dalam bidang terapi, teragak-agak kerana bimbang tidak cukup "profesional", menurut kajian oleh pelajar d Politeknik Nanyang (NYP).



Projek Epic (Memperkasa Ibu Bapa, menginspirasi Anak), rekaan pelajar Sekolah Sains Kesihatan NYP, ialah sumber dalam talian yang direka bagi ibu bapa kanak-kanak yang didiagnosis mempunyai gangguan spektrum autisme dan kelewatan perkembangan global, ujar sekolah itu dalam satu kenyataan media pada Isnin (9 Jan).



Pelajar NYP itu bekerja bersama karyawan, termasuk bidang pertuturan dan terapi pekerjaan, pekerja sosial dan seorang ahli psikologi pendidikan yang terlibat dalam diagnosis dan campur tangan kanak-kanak istimewa, bagi mereka platform tersebut.



Portal itu mempunyai video asal yang menampilkan keluarga berusaha bersama anak mereka yang berkeperluan khas.



"Video ini menggalak ibu bapa menggunakan rutin rumah setiap hari untuk melibatkan anak mereka secara aktif, bagi mencapai tahap perkembangan dalam langkah-langkah mudah," kata seorang jurucakap.



Platform itu juga melatih ibu bapa mengenai cara melibatkan adik-beradik dan meningkatkan ikatan keluarga melalui penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas.



Pengguna juga boleh melihat video keluarga lain berkongsi pengalaman peribadi mereka. Ini menyediakan sokongan rakan sebaya.



Ibu bapa kanak-kanak yang didiagnosis mempunyai gangguan perkembangan boleh memilih terapi atau pendidikan prasekolah di pusat EIPIC di seluruh pulau dan menerima subsidi, bergantung pada kelakayan.



Cik Lau Cheng Mun, Pengarah (Kesihatan Bersekutu) Sekolah Pengajian Sains Kesihatan, NYP, berkata beliau berbangga dengan pelajar Sains Sosial (Kerja Sosial) yang memutuskan membantu ibu bapa dan penjaga kanak-kanak istimewa selepas melihat sekilas kesukaran yang mereka hadapi semasa latihan kerja sambil belajar.



"Daripada sekadar melakukan kerja mereka, kami menerapkan dalam diri mereka dedikasi memperbaiki kehidupan orang lain melalui pelibatan mereka sebagai rakan kerja sosial," katanya.



Portal itu boleh dilayari di nypprojectepic.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >