Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Pelajar NTU godam kad Kopitiam, belanja lebih $80,000, termasuk tambah nilai kad SIM prabayar Singtel

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelajar NTU godam kad Kopitiam, belanja lebih $80,000, termasuk tambah nilai kad SIM prabayar Singtel

Mar 10, 2020 | 05:49 PM

PADA mulanya, Tee Chin Yue menggodam kad berisi nilai untuk menggunakan alat penghawa dingin di asrama secara percuma.

Namun, selepas beberapa kali berbuat demikian, Tee, yang menuntut di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), mula menggodam kad Kopitiam - yang boleh ditambah kredit untuk membeli makanan dan minuman di rangkaian pusat jaja makanan setempat itu.

Dia menggodam empat kad Kopitiam sebanyak lebih 130 kali, dan menggunakan kredit haram untuk menambah nilai lebih 180 kad SIM prabayar Singtel sebagai pertukaran bagi wang tunai, menyebabkan kerugian $80,800 bagi Kopitiam. 

Pada Isnin (9 mac), Tee, 25 tahun, mengaku bersalah, terhadap satu tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber. 

Dia dibebaskan dengan ikat jamin $10,000 dan akan kembali menghadap mahkamah pada 1 April.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3