Pelajar NTU sertai perang berita palsu
Anjurkan pameran perkasa warga lebih tua dengan keupayaan kenal pasti berita palsu
Feb 16, 2020 | 05:30 AM
SATU pameran diadakan semalam - inisiatif empat pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) - bagi menggalak warga Singapura yang lebih berusia menyertai usaha memerangi berita palsu di ruang pengiriman mesej WhatsApp.
Pameran jerayawara di pusat beli-belah Jurong Point itu merupakan kempen antiberita palsu pertama di sini yang disasarkan terhadap platform pengiriman mesej yang paling digunakan rakyat Singapura itu.