SEBUAH program meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai kerjaya dalam penjagaan kesihatan akan diadakan pada 7 Januari ini.
Para pelajar Perubatan daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) bakal berkongsi pengalaman dengan pelajar yang berminat dalam satu kerjasama antara mahasiswa fakulti penjagaan kesihatan - kejururawatan, perubatan, pergigian, farmasi dan penjaga kesihatan bersekutu.