Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar NUS bina kereta lumba elektrik pertama SG

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR kejuruteraan Universiti Nasional Singapura (NUS) telah membina kereta lumba elektrik pertama negara ini yang boleh memecut dari 0kmj ke 100kmj dalam masa 3.9 saat.



Pecutan tersebut sama dengan rekod beberapa kenderaan elektrik (EV) termasuk model Tesla dan Audi.



R22e, yang dilancarkan Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, di kampus NUS Kent Ridge kelmarin, boleh mencapai kelajuan maksimum 125.4kmj (kilometer sejam).



Pelajar tahun empat kejuruteraan mekanikal, Encik Muhammad Nazirul Syahmi, yang merupakan sebahagian pasukan Kolej Reka Bentuk dan Kejuruteraan, berkata mereka mempunyai hanya sedikit bahan rujukan untuk menghasilkan kereta tersebut.



"Banyak simulasi dan ujian kami terpaksa buat sendiri," kata pelajar berusia 24 tahun itu.



"Memandangkan kami tidak mempunyai pengalaman dengan sistem voltan tinggi dan teknologi EV, kami menghubungi syarikat dalam industri tempatan untuk menyediakan bengkel untuk kami, dan belajar sendiri di bawah bimbingan tenaga pengajar NUS, untuk mempelajari cara mengendalikan sistem elektrik."



R22e, yang dibina dalam tempoh 18 bulan, merupakan kereta lumba EV pertama kolej tersebut.



Sejak perasmian Projek Kereta Lumba Persatuan Kejuruteraan Automotif Formula NUS (FSAE) pada 2001, pelajar dari kolej itu telah membina kereta lumba gaya formula untuk pertandingan FSAE Michigan.



Acara antara universiti itu diadakan setiap tahun di Amerika Syarikat.



Kereta gaya formula mempunyai satu tempat duduk dengan kokpit terbuka dan roda terbuka.



Awal bulan ini, pasukan 26 pelajar memasuki kereta lumba elektrik FSAE untuk acara statik pada pertandingan itu.



Menurut spesifikasi kenderaan yang disediakan oleh pasukan itu, kereta itu boleh menjana kuasa sebanyak 80 kilowatt, dan dengan pecutan dan kelajuan tertingginya, ia boleh mengatasi prestasi enjin pembakaran dalaman yang terdahulu.



Penasihat projek NUS FSAE, Profesor Seah Kar Heng, berkata pasaran kereta elektrik global yang berkembang pesat menjadikannya penting bagi pelajar untuk dilengkapi dengan pengetahuan tentang teknologi kereta elektrik.



"Sebagai sebuah sekolah, kita perlu selari dengan hala tuju dunia, untuk bergerak ke arah tenaga bersih dan hijau," kata Profesor Seah, yang telah membimbing pelajar kejuruteraan dalam projek itu sejak 2001.



"Saya mahu pelajar sedari perkara ini, dan pembinaan kereta lumba elektrik ini adalah permulaan yang sangat baik untuk mereka."



Semasa berucap di majlis itu kelmarin, Encik Chee mengucapkan tahniah kepada pasukan itu sambil menambah pelancaran itu tepat pada masanya dan mencerminkan usaha Singapura sendiri untuk menjadikan populasi kenderaan di sini elektrik.



"Peralihan kita kepada EV akan membawa peluang baru dan menarik dalam ekonomi hijau.



"Pelajar kejuruteraan boleh menantikan pekerjaan dan latihan dalam bidang baru, seperti diagnostik perisian EV, bateri dan infrastruktur pengecasan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >