Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar NUS ditangkap selepas didakwa merakam pelajar wanita dalam bilik mandi

May 12, 2019 | 01:45 PM



SEORANG pelajar wanita di Universiti Nasional Singapura (NUS) mendakwa dirakam oleh seorang lagi pelajar dalam bilik mandi salah satu dewan penginapan semalam. 



 



Laporan polis telah dibuat mengenai insiden tersebut yang berlaku di Raffles Hall dan suspek telah pun ditangkap oleh polis untuk siasatan lanjut, menurut jurucakap NUS. 



 



Polis berkata mereka telah menerima panggilan mengenai insiden tersebut sekitar 8.10 pagi dan kemudian memberkas seorang pelajar NUS lelaki berusia 26 tahun, yang menginap di dewan yang sama, atas kesalahan menceroboh. 



 



Lelaki tersebut juga dikatakan sedang disiasat atas dakwaan menghina kehormatan seorang wanita, menurut polis. 



 



Jurucakap NUS berkata “universiti kini bekerjasama rapat dengan pihak polis dalam siasatan ini, dan akan mengambil langkah disiplin yang wajar.” 



 



Universiti tersebut juga memberikan “sokongan padu dan bantuan” kepada mangsa. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >