Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar NUS pulang dari Lombok

Aug 01, 2018 | 03:02 PM



APABILA Cik Aishah Kamari menerima panggilan daripada anak perempuannya Ahad lalu (29 Julai), beliau bingung.



Anaknya, Cik Insyirah Nur Azmi, 20 tahun, merupakan antara 20 pelajar Persatuan Muslim Universiti Nasional Singapura (NUS) yang berada di Lombok semasa satu gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter melanda pulau itu Ahad lalu.



Cik Aishah, 52 tahun, memberitahu The New Paper bahawa ketika anaknya menghubunginya, beliau belum tahu tentang kejadian itu kerana masih awal pagi lagi.



“Apabila dia beritahu saya dia okey, saya tanya kenapa dan dia beritahu saya.



“Saya juga dapat tahu tentang gempa bumi itu menerusi berita selepas itu,” kata suri rumah itu.



Cik Insyirah dan rakan-rakannya berada di Lombok bagi satu program kemasyarakatan yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu.



Mereka sepatutnya pulang ke tanah air pada 5 Ogos tetapi memutuskan untuk kembali ke Singapura semalam (31 Julai).



Kepulangan mereka disambut ahli keluarga dan teman-teman di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.



“Saya gembira kini sudah pulang,” kata Cik Insyirah.



Menurutnya, beliau sedang mandi apabila merasakan gegaran daripada gempa bumi itu.



Dan apabila beliau melihat penduduk tempatan sedang mencangkung di luar, beliau menjadi risau.



Sekurang-kurangnya 17 orang terkorban akibat gempa bumi itu dan lebih 330 orang cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >