Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar pandu di ComfortDelGro boleh pilih kenderaan elektrik

May 25, 2022 | 05:30 AM



MULAI bulan depan, indidividu yang belajar memandu boleh memilih kenderaan elektrik (EV) di Pusat Memandu ComfortDelGro.



Pusat tersebut akan menambah lima kenderaan Hyundai Kona Electric bagi pusat latihan memandunya mulai 1 Jun ini dan merancang meluaskannya kepada 100 unit menjelang 2030.



Ini bermakna lebih separuh daripada pelajarnya akan menjadi pemandu EV.



ComfortDelGro berkata ia memilih Hyundai Kona Electric kerana radius pusingannya yang kecil, sesuai digunakan di pusat memandu tersebut.



Untuk mengecas EV itu, Pusat Memandu ComfortDelGro telah memasang lima stesen pengecas arus ganti (AC) di premisnya. Setiap EV mengambil masa kira-kira enam jam untuk dicas sepenuhnya.



EV juga akan disediakan untuk pelajar korporat yang mengambil kursus memandu secara defensif dan membiasakan diri serta kepada pelajar yang menempah slot melalui aplikasi MyCDC.



ComfortDelGro berkata pelajar yang menjalani latihan EV bagi lesen Kelas 3A boleh menjangkakan sedikit perbezaan berkaitan dengan sensitiviti pecutan, bunyi enjin, brek enjin dan radius pusingan yang ada.



Selain kereta Hyundai berkuasa bateri, Pusat Memandu ComfortDelGro akan menambah dua motosikal elektrik Alrendo TS Bravo menjelang akhir tahun.



Ini untuk mereka yang mempunyai lesen Kelas 2A yang ingin mengikuti kursus ulang kaji.



Selain mengelektrikkan kum pulan kenderaan latihannya, ComfortDelGro juga mengurangkan jejak karbonnya dengan memanfaatkan tenaga solar.



Pusat itu telah memasang 290 panel solar di atas bumbung pusat memandunya yang akan mengurangkan 30 peratus daripada bil elektriknya.



Ketua Eksekutif Pusat Memandu ComfortDelGro, Encik Vincent Tan, berkata:



"Dengan kesedaran yang lebih tinggi mengenai kemampanan, sudah tiba masanya kami mula melancarkan EV supaya pelajar menjadi lebih biasa dengan kenderaan tersebut. Jika permintaan untuk latihan EV meningkat, kami menjangkakan menambah lebih banyak kenderaan sedemikian."



Dia juga menambah bahawa syarikat sedang mempertimbangkan untuk menyediakan motosikal elektrik untuk mereka yang mendaftar kursus menunggang secara defensif juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >