Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar, pekerja jualan antara 4 kes Covid-19 baru dalam masyarakat

Jan 19, 2021 | 11:07 PM




TIGA daripada empat kes Covid-19 dalam masyarakat yang disahkan pada Selasa (19 Jan) berkait dengan kes terdahulu manakala satu lagi kes tidak berkait buat masa ini.




Dua daripada kes itu merupakan kontak rapat kes 59343, seorang lelaki warga China yang bekerja di Golden Bridge Foods Manufacturing Pte Ltd.



Mereka terdiri daripada lelaki warga China berusia 31 tahun yang merupakan rakan kerja dan rakan serumah kes 59343 dan wanita warga China berusia 48 tahun yang merupakan pasangan kes 59343.




Wanita itu bekerja di  Soon Lee Heng Satay Foodstuff Manufacturer.




Kedua-dua mereka diuji pada Ahad lalu dan disahkan positif keesokan harinya.



Kes ketiga melibatkan budak lelaki warga Singapura berusia lapan tahun yang merupakan anak kes 59365 dan 59393. Dia pelajar di Sekolah Rendah Chua Chu Kang dan kali terakhir ke sekolah Jumaat lalu. 



Kes 59365 merupakan lelaki Singapura 44 tahun yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran di Pasukan Polis Singapura manakala kes 59393 pasangannya berusia 43 tahun.



Pelajar tersebut diuji pada Sabtu dan disahkan negatif pada hari sama. Disebabkan itu, tiada risiko penularan kepada pelajar yang berada dalam jarak dekat dengannya sebelum ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Bagaimanapun, dia demam pada Ahad dan diuji sekali lagi, dan kali ini disahkan positif.



Kes keempat pula tidak berkait. Ia melibatkan lelaki penduduk tetap (PR) berusia 39 tahun yang bekerja di BS Industrial & Construction Supply Pte Ltd sebagai pekerja penjualan.



Beliau mengalami demam pada Sabtu dan mendapatkan rawatan perubatan di poliklinik pada Isnin dan diuji bagi Covid-19.



Beliau disahkan positif pada hari sama.



MOH berkata 26 kes yang diimport turut disahkan pada Selasa (19 Jan).



Sementara itu, 26 lagi kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Secara keseluruhan, 58,894 pesakit telah sembuh sejauh ini.



Lagi 45 kes masih dirawat di hospital, dan 189 diasing dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Seramai 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19.



MOH juga menambah beberapa lokasi yang telah dikunjungi pesakit Covid-19, seperti Church of Singapore di 145 Marine Parade Road yang dikunjungi Sabtu lalu dan Zara di Marina Square serta Happy Cafe di Gain City Megastore @ Sungei Kadut yang dikunjungi Ahad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >