Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar, peniaga perlu manfaatkan peluang pendidikan, bisnes di serata AS: Chun Sing

Jan 26, 2021 | 09:15 PM







GOLONGAN pelajar dan peniaga Singapura perlu memanfaatkan pelbagai jenis peluang serta pendedahan melangkaui batas kawasan pantai timur dan pantai barat Amerika Syarikat.



Kawasan-kawasan itu menempatkan bandar terkenal seperti New York, Los Angeles dan San Francisco.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menzahirkan harapan tersebut dalam webinar anjuran Kedutaan Amerika di Singapura berjudul SelectUSA Tech Asean 2021 pada Selasa (26 Januari).



Seminar itu bermatlamat menghubungkan syarikat teknologi yang berpangkalan di Asia Tenggara kepada peluang yang tersedia di Amerika, lapor akhbar The Straits Times.

.

“Saya sentiasa memberitahu orang ramai bahawa Amerika mempunyai 50 negeri bahkan setiap negeri memiliki ciri dan peluang perniagaan tersendiri yang tidak harus diketepi.



“Daripada situ, agensi yang berupaya menghubungkan syarikat kita ke sana seperti Enterprise Singapore boleh memainkan peranan menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan setaraf di peringkat negeri mahupun kebangsaan,” ujar Encik Chan.



Tambahnya, Singapura kini menekankan kepentingan mendedahkan golongan pelajar kepada kerencaman budaya di luar lingkungan Singapura.



Hal tersebut diusahakan supaya pelajar itu, yang seterusnya menjadi pekerja hari muka, mampu menghayati cabaran dan peluang yang wujud dalam pasaran berkenaan.



 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >