Pelajar perempuan ditangkap polis selepas serang pelajar lain di ITE Kolej Barat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:44
Syuruk
7:02
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:20
Setempat0

Pelajar perempuan ditangkap polis selepas serang pelajar lain di ITE Kolej Barat

Feb 23, 2019 | 02:51 PM

GARA-GARA berkelahi, seorang pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat kelmarin (21 Februari) ditangkap polis, manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH). 

Menurut polis, mereka dimaklumkan mengenai satu kejadian sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di kampus di Choa Chu Kang Grove itu pada 1.57 petang.

Menerusi laman Facebook semalam, Pengetua ITE Kolej Barat, Dr Goh Mong Song, mengesahkan bahawa kedua-dua pelajar berusia 17 tahun yang terlibat dalam kejadian itu merupakan pelajar kolej tersebut.

Dr Goh berkata pelajar yang dibawa ke hospital itu dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama.

“Kami memandang serius hal ini dan tidak boleh menerima kelakuan sedemikian.

Berita Popular

“Pelakunya akan digantung sekolah,” ujarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map