Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Pelajar politeknik Nanyang mengaku ambil gambar bawah skirt

Dec 19, 2019 | 03:50 PM

MAHKAMAH diberitahu seorang belia telah memetik foto bawah skirt enam wanita berbeza, antaranya di stesen MRT.

Pelajar politeknik Nanyang Chiang Wei Sheng, 19 tahun, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan menghina kehormatan wanita.

Tiga tuduhan yang sama akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Chiang berada di stesen MRT Jurong East sekitar 5 petang pada 21 Mac tahun ini apabila dia terlihat seorang wanita yang sedang menaiki tangga.

Dia berdiri di belakang wanita itu lalu mengeluarkan telefon bimbit dan memetik beberapa gambar bawah skirt.

Belia tersebut melakukan perkara yang sama di Ekspo Singapura enam hari selepas itu.

Mahkamah diberitahu bahawa dia tidak mengenali kededua mangsa.

Dia berjaya ditangkap pada 9 April selepas memetik beberapa gambar bawah skirt seorang wanita berusia 28 tahun semasa beliau sedang menaiki eskalator di stesen MRT Sembawang.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian