Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Politeknik S'pura positif Covid-19

May 16, 2021 | 11:15 PM



SEORANG pelajar Politeknik Singapura (SP) diuji positif Covid-19 pada Sabtu (15 Mei). 



Pelajar ini berada di tahun kedua Sekolah Media, Seni dan Reka Bentuk dan kali terakhir berada di kampus pada Selasa (11 Mei), jelas SP dalam kenyataannya pada Ahad (16 Mei).



Pelajar ini mula menampakkan tanda-tanda penyakit pada Khamis dan bertemu doktor keesokan harinya.



Menerusi proses jejak kontak, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengeluarkan perintah kuarantin kepada pelajar dan kakitangan SP yang mempunyai kontak rapat dengan pelajar yang dijangkiti ini. Sesetengah daripada mereka termasuk rakan sedarjah pelajar ini.



Kawasan kampus yang pelajar ini kunjungi sudah dibersihkan dan melalui proses penyahjangkitan terperinci.



"Kami telah menasihati pelajar yang terbabit agar memantau kesihatan mereka secara rapi dan kami akan juga memberi mereka sokongan sepenuhnya bagi memastikan impak terhadap pembelajaran mereka di rumah kelak minimal.



"Sebagai langkah lanjutan berjaga-jaga, bagi tempoh dua minggu mendatang mulai Isnin (17 Mei) hingga Jumaat (28 Mei), makmal dan kelas praktikal bagi semua pelajar tahun kedua sekolah tersebut akan dikendalikan dalam talian jika sesuai atau ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan kelak," jelas SP.



Institusi ini menambah, ia akan menjalankan semua kuliah dan tutorial secara maya dengan sesi makmal dan praktikal serta projek tahun akhir yang perlu dibuat secara bersemuka dengan langkah pengurusan selamat terjaga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >