PELAJAR politeknik yang memerlukan lebih banyak masa untuk menghabiskan pengajian mereka, lebih daripada tiga tahun, mungkin dapat melakukan demikian tidak lama lagi.
Ini akan antara lain memberi manfaat kepada pelajar yang lemah dari segi akademik atau pelajar yang ingin menceburi minat yang mendalam di luar bidang akademik termasuk bidang keusahawanan atau sukan.
Mengumumkan demikian pada Jumaat (7 Januari), Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata pelajar yang ingin menceburi minat di luar bidang akademik kini perlu mengambil Cuti Ketidakhadiran.
Pelajar yang menghadapi cabaran dari segi akademik pula harus mengambil semula subjek yang mereka gagal pada semester seterusnya dan ini menyebabkan sesetengah mereka tidak menghabiskan pengajian mereka sementara ada yang perlu melanjutkan pengajian mereka hingga lebih tiga tahun.
Kini, sekitar 7 peratus pelajar politeknik mengambil masa lebih lama untuk menghabiskan pengajian mereka.
“Dengan peningkatan ini, kami harap lebih ramai pelajar akan terus habiskan pengajian mereka daripada menamatkan pengajian sebelum selesai. Pelajar yang berupaya... juga akan mendapat peluang memperkaya dan mencabar diri mereka sepanjang tiga tahun itu,” ujarnya.
Ini merupakan antara saranan yang timbul daripada Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali yang dipengerusi Dr Maliki.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Pelajar poly bakal dibenar ambil masa lebih lama untuk tamat pengajian
Jan 07, 2022 | 04:58 PM