Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN (NDP)

Pelajar poly ghairah kali pertama, penuntut ITE muncul lagi lain acara

Aug 08, 2022 | 05:30 AM



Proses menjayakan persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang ditonton pada 9 Ogos bukanlah satu yang mudah. Ia memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Begitupun, peserta NDP tetap bersemangat and mahu memberikan yang terbaik buat negara. NDP tahun ini agak istimewa buat beberapa individu, ada yang bakal membuat persembahan buat kali pertama tetapi ada juga buat kali terakhir di Pentas Terapung Marina Bay. BERITA HARIAN menyorot pengalaman mereka.




IMPIANNYA untuk menyertai persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kini sudah tercapai.



Bagi pelajar tahun tiga di Politeknik Republic (RP), Encik Muhammad Taufiq Yusmee, 19 tahun, setiap kali beliau melihat persembahan NDP di Pentas Terapung Marina Bay, keinginan beliau semakin meningkat untuk menyertai persembahan NDP di depan seluruh Singapura.



Oleh itu, apabila beliau mengetahui bahawa RP akan menyertai satu persembahan tahun ini, beliau tidak membuang masa mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian bagi persembahan NDP tahun ini.



Namun demikian, perasaan teruja yang beliau alami pada awalnya mula pudar apabila latihan untuk persembahannya bermula pada Mei dan beliau harus mengimbangkan masanya dengan latihan amali yang beliau sedang lalui di Cold Storage Jurong selama enam bulan yang bermula Mac lalu.



"Pada mulanya, ia amat mencabar bagi saya untuk menyesuaikan kedua-dua latihan persembahan saya yang dibuat dua kali seminggu dan latihan amali yang sedang saya jalani.



"Kadangkala, saya berasa amat letih dari segi mental dan fizikal selepas bekerja tetapi saya masih perlu menyertai latihan persembahan yang memakan masa yang panjang kerana saya perlu mempelajari bagaimana untuk bermain alat perkusi India mengikuti muzik serta mempelajari koreografi untuk persembahan NDP itu," kata pelajar Diploma Pengurusan Rantaian Bekalan dalam kursus Pengajian Kejuruteraan itu.



Namun demikian, atas usaha gigih beliau yang tidak berputus asa itu, beliau kini berjaya mencapai impiannya pada Hari Kebangsaan tahun ini untuk beraksi di hadapan seluruh negara.



Bagi Cik Qashdina Syahrain Khairul Anuar, 18 tahun, pula ini adalah kali kedua beliau berada di Pentas Terapung Marina Bay dalam sambutan tahunan NDP.



Tahun lalu, beliau berkasut roda melakukan koreografi di atas pentas apabila kegiatan kokurikulumnya (CCA), Kelab Kasut Roda, di sekolahnya menyertai persembahan NDP.



Tahun ini, beliau akan kembali ke Marina Bay tetapi bukan untuk persembahan di atas pentas tetapi sebagai pendorong penonton NDP



anjuran Touch Community Services.



Pendorong NDP menggalak penonton ikut serta pertunjukan dan membangkitkan semangat semasa perbarisan.



"Walaupun saya pernah melakukan persembahan di NDP tahun lalu, saya lebih teruja tahun ini kerana saya memainkan peranan berlainan tahun ini.



"Tahun lalu, saya hanya di pentas semasa saya membuat persembahan dan tidak berpeluang untuk melihat persembahan lain dan menikmati suasana yang meriah dalam sambutan Hari Kebangsaan tetapi tahun ini, saya berada di tempat penonton dan berpeluang menikmati semua persembahan dari mula hingga akhir," kata pelajar ITE Kolej Central itu.



Beliau adalah di antara 400 'NDP motivators' dari ITE Kolej Central, Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann dan Politeknik Singapura yang akan berinteraksi bersama para penonton untuk mendorong mereka mengambil bahagian dalam persembahan-persembahan NDP dengan menyanyi bersama dan meriahkan lagi suasana.



Tahun ini, selain daripada mendorong para penonton untuk memeriahkan suasana di sana, mereka juga akan menawarkan perkhidmatan memetik gambar untuk para penonton dengan bingkai berhias NDP untuk penonton bergambar bersama.



Pendorong NDP juga dilatih membuat arca belon untuk kanak-kanak yang menghadiri NDP tahun ini.




"Pada mulanya, ia amat mencabar bagi saya untuk menyesuaikan kedua-dua latihan persembahan saya dua kali seminggu dan latihan amali yang sedang saya jalani.



Kadangkala, saya berasa amat letih selepas bekerja tetapi saya masih perlu menyertai latihan yang memakan masa yang panjang kerana saya perlu mempelajari cara mainkan alat perkusi India serta pelajari koreografi untuk persembahan NDP itu."
- Encik Muhammad Taufiq Yusmee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >