MESKIPUN tidak mempunyai kemahiran dalam bidang elektronik, sekumpulan pelajar perempuan dari Politeknik Temasek berjaya mendapat tempat di senarai 10 terbaik dalam Peraduan Inovasi Tenaga (EIC) atau 'Energy Innovation Challenge' yang dianjurkan Institusi Jurutera Singapura (IES) dan Pusat Sains Singapura.
Dengan modal $3 projek yang dibuat Cik Nur Izzabella Yusof, 18 tahun; Cik Zainab Aminuddin, 19 tahun; dan Cik Farah Nadhirah Sazali, 20 tahun, itu membawa tuah dengan mereka membawa pulang wang hadiah $300 sekumpulan.