Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Pelajar Poly Temasek bantu peniaga manfaat Google Maps

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Poly Temasek bantu peniaga manfaat Google Maps

Jul 29, 2018 | 05:30 AM



DI setiap kedai yang dikunjungi di Kampong Gelam, pelajar Politeknik Temasek Cik Nur Adilah Mohd Azmi akan menerangkan faedah penggunaan teknologi laman peta Google Maps kepada peniaga.



Adakalanya, sesetengah peniaga berasa keberatan dan tidak terbuka memasarkan kedai mereka di Google Maps untuk menonjolkan lagi kedai mereka apabila dicari pengunjung.



Tetapi, apabila mereka melihat hasil penggunaan teknologi tersebut, peniaga menjadi yakin bahawa teknologi baru itu dapat membantu merancakkan lagi perniagaan mereka.



Cik Adilah, 20 tahun, pelajar tahun ketiga yang mengikuti Diploma Teknologi Maklumat Perniagaan Politeknik Temasek (TP), merupakan antara pelajar TP yang terlibat dalam rombakan digital Kampong Gelam.



Selama 16 minggu, beliau bekerja sambil belajar di Persatuan One Kampong Gelam (OKG) bagi membantu menghasilkan laman OKG serta membantu peniaga di Kampong Gelam memasarkan kedai mereka di Google Maps.



Ini bermakna, jika pengunjungi mencari kedai itu di Google Maps, mereka akan memperolehi maklumat kedai, foto dan 'melawat' kedai secara maya.



"Apa yang saya dapati ialah kebanyakan peniaga di Kampong Gelam, terutama yang telah lama bertapak, tidak memanfaatkan pemasaran digital.



"Langkah pertama yang boleh mereka lakukan ialah memasarkan kedai mereka di Google Maps.



"Jadi, jika pelawat atau pelancong asing ingin ke Kampong Gelam, mereka akan mengetahui lebih lanjut kedai-kedai yang terdapat di sana,'' ujar Cik Adilah, yang bekerja sambil belajar di OKG selama 16 minggu dan dijadual berakhir awal Ogos ini.



Apabila mereka bersetuju memanfaatkan Google Maps, beliau akan menghasilkan satu laman mudah bagi setiap kedai tersebut yang akan menarik pengunjung ke sana apabila mereka menekan lokasi kedai di Google Maps.



Sebuah kedai pakaian, Utopia Apparels, yang terletak di Bussorah Street, misalnya, melihat hasil memasarkan kedai itu di Google Maps.



Selain memasarkan perniagaan melaluinya, peniaga boleh menganalisis data yang diperolehi untuk membaiki lagi perniagaan mereka.



"Pemilik Utopia Apparels, Cik Sherry See terperanjat apabila saya beritahunya bahawa terdapat 3,000 pencarian kedai Utopia Apparels dalam enjin pencari.



"Daripada jumlah itu, ada yang melungsuri laman kedai dan 18 orang ingin mengetahui hala tuju untuk ke kedai itu,'' kata pensyarah Teknologi Maklumat Perniagaan Sekolah Perniagaan TP, Encik Jackson Ng.



Cik See berkata bilangan pelawat ke Kampong Gelam telah susut sehingga 40 peratus sejak 10 tahun lalu.



Dengan penggunaan teknologi digital, beliau berharap lebih ramai pengunjung yang mengetahui dan mengenali kedai-kedai di kawasan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >