Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar punyai rangkaian rakan lebih luas di sekolah dengan kelas campuran: Kajian NIE

Oct 04, 2022 | 05:30 AM



SATU kajian mendapati bahawa pelajar yang mempunyai kebolehan berbeza menjalin lebih banyak persahabatan merentas aliran akademik apabila disatukan dalam kelas tingkatan.



Pelajar sekolah menengah dalam kelas berkebolehan campuran berkata hampir 40 peratus rakan yang mereka ada di sekolah adalah daripada aliran berbeza, menurut kajian Institut Pendidikan Nasional (NIE).



Sebaliknya, pelajar di sekolah yang mempunyai kelas satu aliran berkata hanya 7 peratus daripada rakan mereka datang daripada aliran akademik yang berbeza.



Kajian mendapati faktor utama dalam pembentukan persahabatan adalah aktiviti kelas tingkatan di sekolah, dan bukannya aspek lain seperti kegiatan kokurikulum.



Dr Imelda Caleon, seorang saintis kanan penyelidikan pendidikan di Pusat Penyelidikan dalam Pedagogi dan Amalan NIE, sedang menerajui kajian berterusan itu yang bermula pada 2020.



Ia adalah yang pertama untuk mengkaji kesan Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) pada rangkaian rakan sebaya.



SBB penuh, yang dijalankan secara rintis di beberapa sekolah pada 2020, memerlukan pelajar dari aliran Ekspres, Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) ditempatkan dalam kelas berkebolehan campuran yang sama, di mana mereka belajar enam mata pelajaran bukan akademik bersama-sama.



Pelajar yang berprestasi baik dalam mata pelajaran akademik tertentu juga boleh membawa mereka pada tahap yang lebih mencabar.



Menjelang 2024, SBB penuh akan dilancarkan di sekolah menengah, dan aliran Normal/Ekspres akan dimansuhkan.



Untuk kajian Dr Caleon, setiap pelajar diminta mencalonkan sehingga 10 rakan rapat - disifatkan sebagai seseorang yang dipercayai dan meluangkan masa dengan mereka.



Lebih 3,000 pelajar di 10 sekolah - separuh daripadanya telah melaksanakan SBB penuh - mengambil bahagian dalam kajian itu.



Penemuan awal adalah berdasarkan sekitar separuh daripada peserta kajian itu.



Mereka diminta untuk melengkapkan soal selidik tentang persahabatan mereka pada masa yang berbeza sepanjang menengah satu dan menengah dua.



Dr Caleon berkata satu penemuan penting ialah persahabatan didorong oleh minat bersama dan bukannya keupayaan akademik.



Aktiviti kelas tingkatan juga merupakan titik permulaan bagi majoriti persahabatan - kira-kira satu pertiga - di sekolah dengan SBB penuh dan yang tidak.



Dr Caleon berkata: "Berada dalam kelas tingkatan yang sama memberi peluang kepada pelajar untuk menemui persamaan dalam minat mereka, walaupun mereka berbeza dari segi keupayaan akademik atau subjek yang mereka ambil."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >