Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar RI tahun 1-4; murid darjah 2 Sekolah Rendah Yangzheng jalani HBL susuli kes Covid-19

Jul 18, 2021 | 11:54 PM



PELAJAR dari tahun pertama ke keempat Raffles Institution (RI) akan menjalani pembelajaran dari rumah (HBL) pada Isnin (19 Julai) setelah pembentu gerai di kantin sekolah itu diuji positif Covid-19.



HBL yang dikendalikan adalah bagi membolehkan pembersihan terperinci dan proses penyahjangkitan pada kantin sekolah Tahun 1 hingga 4 itu dijalankan, kata sekolah itu dalam satu surat pemberitahuan bertarikh 18 Julai yang diberikan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar dan ditandatangani pengetua RI, Encik Frederick Yeo.



Akhbar The Straits Times melaporkan, pembantu gerai di kantin itu diuji positif Covid-19 pada Sabtu. Beliau kali terakhir ke sekolah itu pada Jumaat dan berada dalam keadaan sihat, kata sekolah itu.



Surat itu menambah: "Maklumat awal yang diperolehi daripada pembantu gerai itu adalah selain menerima bayaran bagi makanan yang dibeli pelajar dan kakitangan sekolah itu, yang mengambil masa beberapa saat sahaja, beliau mempunyai kontak minimal dengan pelajar dan kakitangan berkenaan".



RI akan menjalankan proses jejak kontak dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi menerusi token dan aplikasi TraceTogether bagi mengenal pasti pelajar dan kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pembantu gerai itu dalam keadaannya mudah menjangkiti.



Mereka yang dikenal pasti, lantaran itu, akan diberi cuti ketidakhadiran dan dihubungi Kementerian Kesihatan (MOH).



Ibu bapa pelajar yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat menerusi TraceTogether akan menerima pesanan SMS atau dihubungi langsung oleh MOH dengan keterangan lanjut diberi.



Surat itu menambah: "Kami ingin memberi anda jaminan bahawa sekolah ini telah dan akan terus memperketat langkah pengurusan selamat. Ini termasuk membersihkan permukaan yang sering disentuh secara tetap dan menyahjangkitkan premis kami secara tetap."



Surat itu berkata pihak sekolah akan memaklumkan ibu bapa dan penjaga menerusi aplikasi Parents Gateway.



Beberapa pelajar dari sekolah lain telah diuji positif Covid-19 dalam masa seminggu yang lalu.



Pada Ahad pula, ibu bapa dan penjaga dari Sekolah Rendah Yangzheng menerima surat yang mengatakan seorang murid Darjah 2 yang kali terakhir berada di sekolah pada Khamis, diuji positif Covid-19.



Sebagai tindakan pihak sekolah, semua kelas Darjah 2 diletakkan dalam HBL pada Isnin dan Rabu. Selasa bagaimanapun dikecualikan kerana ia merupakan cuti umum bagi Hari Raya Haji.



Pada Jumaat lalu, ibu bapa dari Sekolah Rendah Naval Base telah diberitahu bahawa pelajar Darjah 6 sekolah itu diuji positif Covid-19. Pada hari yang sama, ibu bapa Sekolah Rendah Opera Estate diberitahu pelajar Darjah 6 sekolah berkenaan juga diuji positif Covid-19.



Semua ini berlaku dalam Singapura berdepan dengan tambahan kes Covid-19 berkaitan dengan kelompok besar melibatkan kelab KTV haram dan Pelabuhan Perikanan Jurong.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >