Pelajar sambilan uni, poly yang terima dermasiswa bayar yuran tuisyen lebih rendah
Bermula tahun depan, langkah jadikan pendidikan posmenengah lebih dimampui
Dec 18, 2019 | 05:30 AM
PELAJAR sambilan di universiti dan politeknik setempat yang menerima dermasiswa, akan membayar yuran tuisyen lebih rendah tahun depan, selepas nilai dermasiswa mereka ditambah.
Ini selari dengan yuran lebih rendah bagi pelajar sepenuh masa yang menerima dermasiswa, juga bermula tahun depan.