Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar sarjana mengaku serang, cederakan ibu

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 30 tahun mengaku menyerang ibunya yang berusia 68 tahun di rumah mereka selama beberapa tahun, bahkan menggunakan kunci mangga logam untuk memukulnya di pangkal paha.



Andy Koh Ju Hua, yang merupakan mahasiswa sarjana ketika melakukan kesalahan-kesalahan itu, menyerang ibunya ketika dia tertekan dengan kerja-kerja sekolah.



Dia hadir di perbicaraan mahkamah daerah semalam melalui pautan video dan mengaku bersalah atas empat tuduhan secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada ibunya dengan memukulnya di muka dan menggunakan tempurung lututnya untuk memukul kemaluan ibunya - antara kekerasan fizikal yang dilakukan terhadap ibunya.



Mahkamah juga diberitahu bahawa dia tidak membenarkan ibunya mandi atau membuat bising di rumah.



Wanita itu melarikan diri beberapa kali untuk melindungi diri dengan bantuan anggota keluarga lain, pernah dimasukkan ke hospital, dan bahkan pernah ditempatkan di rumah tumpangan, tetapi beliau berkeras untuk kembali ke rumah keluarga selepas itu.



Wanita itu mulanya tidak mahu membuat laporan polis kerana tidak mahu merosakkan masa depan anaknya.



Mahkamah diberitahu bahawa penganiayaan itu bermula pada 2017 dan Koh, yang mengaku menderita gangguan psikotik, juga menumbuk ibunya di pangkal paha pada Januari 2018.



Wanita itu kemudian meminta bantuan anak saudaranya. Anak saudaranya mahu memanggil polis tetapi wanita itu menolak.



Ketika mendapatkan rawatan di hospital, dia mengakui telah terjatuh kerana tidak mahu melibatkan anaknya.



Pada Disember 2018, dengan menggunakan mangga kunci logam, lelaki itu mengayunkannya ke bahagian kemaluan ibunya berkali-kali kerana dia "marah terhadap masalah tertentu".



Wanita itu kemudian memanggil kakaknya untuk meminta pertolongan, dan dia ditemui dengan wajah bengkak dan kesan darah pada gaunnya di bahagian kelengkang.



Beliau kemudian dibawa ke Hospital Besar Sengkang untuk rawatan.



Beliau juga didapati mengalami anemia yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B, pendarahan faraj pasca menopaus dan banyak kesan lebam.



Polis dipanggil tetapi dia memberitahu mereka bahawa dia terjatuh di tandas.



Pada Jun tahun lalu, anak saudara wanita itu melaporkan keganasan itu kepada polis.



Siasatan polis mendapati Koh telah memukul ibunya di mulut sebanyak tiga kali.



Timbalan Pendakwa Raya Magdalene Huang mendesak mahkamah agar menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 minggu kepada Koh, dengan menyatakan bahawa mangsa bukan sahaja warga tua dan rentan tetapi tinggal serumah dengan Koh.



Kes Koh ditangguhkan hingga 23 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >