Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pelajar sekolah Northland adu 'sakit perut'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelajar sekolah Northland adu 'sakit perut'

Jan 15, 2018 | 05:30 AM

SEKUMPULAN pelajar dari Sekolah Menengah Northland telah dirawat di hospital Khamis lalu selepas mengalami jangkitan sakit perut.

Pengetua sekolah, Tan Siew Woon memberitahu akhbar The Straits Times bahawa 14 pelajar telah dilaporkan mengalami muntah-muntah dan sakit perut.

Mereka dibawa ke hospital dengan ambulans dan diiringi oleh kakitangan. Kebanyakan pelajar dikesan mengalami jangkitan perut, katanya.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, para pelajar dibawa ke Hospital Kanak-Kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH) sekitar tengah hari.

Lapan telah dibenarkan pulang petang itu dan enam yang lain dimasukkan ke wad pemerhatian, kata Cik Tan.

"Semua pelajar kini sudah pulih dengan baik dan tidak ada kes baru yang dilaporkan di sekolah."

Beliau menambah, kebanyakan pelajar yang terlibat adalah dari peringkat menengah dua telah kembali ke sekolah sementara selebihnya sedang pulih.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, sekolah telah menutup kantin untuk pemeriksaan dan pembersihan menyeluruh hari ini.

"Bilik-bilik dan tandas yang terjejas juga telah dibersihkan dan dibasmi kuman," ujarnya.

Kantin sekolah akan dibuka semula hari ini. Sumber jangkitan sedang disiasat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3