Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Sekolah Tinggi River Valley berbual dengan ibu bapa buat pertama kali sejak direman atas dakwaan bunuh

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pelajar berusia 16 tahun dari Sekolah Tinggi River Valley yang didakwa dengan pembunuhan seorang rakan sekolah berbicara bersama ibu bapanya menerusi panggilan video semalam buat pertama kalinya sejak direman.



"Polis mengaturkan panggilan video antara tertuduh dengan ibu bapanya, dan panggilan itu dibuat awal hari ini," kata jurucakap Pejabat Peguam Negara (AGC), dalam satu kenyataan semalam.



Panggilan itu dibuat susulan kemunculan pelajar itu di Mahkamah Negara menerusi pautan video Selasa lalu, di mana peguamnya meminta agar ibu bapa serta ahli keluarganya diberi lima minit untuk berbicara dengannya supaya dapat bertanya tentang kesejahteraannya.



Pihak pendakwa menolak permintaan itu pada waktu tersebut, memberitahu mahkamah bahawa remaja itu menghadapi pendakwaan bunuh dan siasatan masih dijalankan.



Hakim Daerah Brenda Tan menolak permintaan pihak pembela, menyatakan bahawa aturan bagi tertuduh berbicara dengan ibu bapanya boleh dilakukan pada waktu yang sesuai.



Selasa lalu, tertuduh, yang tidak boleh dinamakan kerana berusia di bawah 18 tahun, direman selama dua minggu lagi di Pusat Perubatan Kompleks di Penjara Changi untuk penilaian psikiatri. Dia telah direman di pusat perubatan itu sejak dia didakwa.



Remaja itu didakwa pada 20 Julai atas pembunuhan pelajar berusia 13 tahun di tandas sekolah di tingkat empat antara 11.16 pagi dengan 11.44 pagi pada hari sebelumnya.



Mahkamah diberitahu bahawa dia telah dinilai di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada 2019 setelah cuba membunuh diri.Kes telah ditangguhkan ke 24 Ogos.



Mereka yang didapati bersalah kerana membunuh boleh menerima hukuman mati. Namun, mereka berusia di bawah 18 tahun akan dikenakan penjara seumur hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >