Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Sekolah Tinggi River Valley ditahan 2 minggu lagi bagi pemeriksaan psikiatri

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) berusia 16 tahun yang didakwa atas pembunuhan rakan sekolahnya berusia 13 tahun, tampil di mahkamah sekali lagi menerusi pautan video semalam.



Tertuduh tidak dapat dinamakan kerana masih berusia bawah 18 tahun.



Mahkamah meminta agar dia ditahan reman di Pusat Perubatan Changi (CMC) untuk menjalani pemerhatian psikiatri selama dua minggu lagi.



Remaja tersebut telah didakwa pada 20 Julai lalu kerana melakukan pembunuhan di tandas tingkat empat sekolah antara 11.16 pagi dan 11.44 pagi pada 19 Julai.



Mahkamah diberitahu bahawa remaja itu pernah dinilai di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada 2019 selepas cuba membunuh diri.



Dia telah ditahan reman di CMC sejak didakwa.



Semalam, remaja tersebut muncul di skrin dengan berpakaian kemeja-T putih dan pelitup berwarna biru cerah.



Dia yang sebelum ini diwakili oleh peguam Peter Fernando, kini diwakili oleh peguam Sunil Sudheesan dan Diana Ngiam.



Kedua ibu bapa dan ahli keluarga remaja itu turut hadir di mahkamah.



Encik Sunil meminta agar mahkamah membenarkan mereka bercakap dengan tertuduh selama lima minit untuk mendapatkan perkembangan kesejahteraan.



Namun pihak pendakwa membantah permintaan itu sambil memberitahu mahkamah bahawa remaja itu didakwa atas kesalahan membunuh dan siasatan masih dijalankan.



Hakim Daerah Brenda Tan menolak permintaan pihak pembela sambil berkata:



"Kami memahami keprihatinan ibu bapa tetapi saya rasa ini belum masanya untuk ibu bapa bercakap dengannya."



Beliau menambah bahawa ibu bapa remaja itu boleh membuat temu janji pada masa yang lebih sesuai kemudian.



Encik Sunil kemudian berkata bahawa ibu bapa remaja itu juga ingin menghubungi psikiatri yang melakukan penilaian terhadap anak mereka untuk memaklumkan kepadanya mengenai perincian lebih lanjut mengenai sejarah keluarga mereka.



Kes ini akan ditangguhkan hingga 24 Ogos.



Mereka yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh boleh dikenakan hukuman mati.



Bagaimanapun, mereka yang berusia di bawah 18 tahun tidak akan dikenakan hukuman mati, sebaliknya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >