Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Sekolah Tinggi River Valley ditahan reman lagi dua minggu untuk penilaian psikiatri

Aug 10, 2021 | 06:40 PM



PELAJAR berusia 16 tahun dari Sekolah Tinggi River Valley (RVHS), yang didakwa membunuh rakan sekolahnya, 13 tahun, hadir di mahkamah sekali lagi melalui pautan video pada Selasa (10 Ogos).


Tertuduh tidak boleh dinamakan kerana dia berumur bawah 18 tahun.


Mahkamah mengarahkan agar dia ditahan reman selama dua minggu lagi di Pusat Perubatan Kompleks (CMC) di Penjara Changi untuk penilaian psikiatri, lapor The Straits Times.


Remaja itu didakwa pada 20 Julai kerana melakukan pembunuhan di tandas tingkat empat di sekolah itu antara pukul 11.16 pagi dengan 11.44 pagi hari sebelumnya.


Mahkamah kemudian diberitahu bahawa dia telah dinilai di Institut Kesihatan Mental pada 2019 setelah cuba membunuh diri.


Dia ditahan di CMC sejak dia didakwa.


Pada Selasa, remaja itu dilihat di dalam skrin memakai kemeja-T putih dan pelitup biru muda.


Dia kini diwakili peguam Encik Sunil Sudheesan dan Cik Diana Ngiam, setelah peguam sebelumnya, Encik Peter Fernando, dilepaskan.


Ibu bapa dan ahli keluarga remaja itu hadir di galeri mahkamah.


Encik Sunil meminta mahkamah memberi mereka lima minit untuk berbicara dengan remaja tersebut agar mereka dapat bertanya tentang  kesejahteraannya.


Tetapi pihak pendakwa membantah permintaan itu dan memberitahu mahkamah bahawa remaja tersebut menghadapi tuduhan bunuh dan siasatan masih dijalankan.


Hakim Daerah Brenda Tan menolak permintaan pihak pembela.


Beliau berkata: "Kami memahami keprihatinan ibu bapa tetapi saya rasa ini bukan masanya untuk ibu bapa bercakap dengannya."


Beliau menambah yang mereka mungkin membuat pengaturan di kemudian hari apabila sesuai untuk melakukannya.


Encik Sunil kemudian berkata  ibu bapa remaja itu juga ingin menghubungi psikiatri yang melakukan penilaian terhadap anak mereka untuk memaklumkan kepadanya mengenai perincian lebih lanjut tentang sejarah keluarga mereka.


Kes itu ditangguhkan hingga 24 Ogos.


Mereka yang didapati bersalah membunuh boleh menerima hukuman mati. Namun, mereka yang berusia bawah 18 tahun akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >